UNHCR telah menerima beberapa laporan mengenai seorang lelaki (yang menggunakan nama Osman, Michael atau Bo Bo Selai) yang mendakwa bahawa dia bekerja di Unit Penempatan di Negara Ketiga (Resettlement) dan Pendaftaran (Registration) di UNHCR. Lelaki itu menghubungi pelarian dan pemohon suaka melalui WhatsApp dan meminta antara RM10 hingga RM300 untuk ditambah ke telefonnya, sebagai pertukaran temujanji UNHCR dan temu duga untuk pendaftaran dan penempatan semula. Nombor telefon yang digunakan oleh penipu ialah 013-4005306, 011-25515774 atau 011-68352928. Anda dinasihatkan untuk tidak membalas, mengabaikan dan memadam semua mesej daripada nombor telefon ini. Lelaki itu juga menghantar gambar-gambar umum staf UNHCR, pejabat UNHCR dan aktiviti-aktivitinya untuk menyamar sebagai seorang pekerja UNHCR. Lelaki itu juga meminta maklumat peribadi, gambar dokumen UNHCR mangsa-mangsanya dan menyatakan dia boleh menolong mereka.
Ini adalah satu penipuan. Individu ini tidak bekerja dengan UNHCR.
Kami ingin mengulangkan dan menekankan bahawa:
- Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma.
- Anda tidak perlu membayar staf UNHCR atau mana-mana individu untuk memproses kes anda untuk pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (Refugee-Status Determination (RSD), penempatan di negara ketiga, atau perkhidmatan UNHCR yang lain.
- Anda tidak boleh bayar staf UNHCR atau mana-mana individu untuk mengutamakan atau mempercepatkan kes anda untuk pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (Refugee-Status Determination (RSD)), penempatan di negara ketiga, atau perkhidmatan UNHCR yang lain.
- Mana-mana staf UNHCR yang dibuktikan terlibat dalam menerima wang daripada pelarian akan dihentikan kerja mereka dan dilaporkan kepada polis dengan segera.
Kami meminta kerjasama anda untuk:
- Berhati-hati dengan orang yang mendakwa bahawa dia ada hubungan istimewa dengan UNHCR dan boleh menolong anda untuk mendapatkan temu janji, penempatan di negara ketiga atau mana-mana perkhidmatan UNHCR dengan syarat dia dibayar.
- Jangan kongsi maklumat peribadi atau gambar-gambar anda kepada mereka.
- Jangan kongsi sebarang maklumat keluarga anda, kawan anda, atau ahli komuniti anda kepada mereka.
- Tamatkan panggilan telefon atau perbualan dengan segera jika anda dihubungi oleh individu-individu sebegini.
- Laporkan kepada polis.
- Laporkan kepada UNHCR mengunakan borang ini.
Jika anda melaporkan kegiatan-kegiatan mencurigakan kepada UNHCR, identiti anda tidak akan didedahkan, UNHCR kad anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan dilewatkan atau ditutup.
Di bawah adalah gambar-gambar dan tangkapan skrin yang berkenaan dengan penipuan oleh orang yang mengunakan nama Osman, Michael atau Bo Bo Selai.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan proses, bantuan dan polisi anti-penipuan & rasuah, sila rujuk kepada bahagian Penipuan dan Rasuah di laman web Refugee Malaysia.
Tangkapan skrin sebenar perbualan-perbualan dengan Osman (maklumat peribadi dan pengenalan telah dipadamkan)
Contoh gambar-gambar umum yang telah dikongsikan: