Untuk mengurangkan penularan COVID-19, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Sekitar 4 juta kanak-kanak akan menerima vaksin ini termasuk pelarian dah pemohon suaka. Ini akan membantu untuk:
- Melindungi kanak-kanak daripada Multisystem Inflammatory Sydrome in Children (MIS-C)* dan Long Covid** yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
- Membolehkan kanak-kanak bersosial dengan selamat dengan orang lain.
- Mengurangkan kluster di sekolah/pusat pembelajaran melalui imuniti kelompok.
Semua kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan menerima 2 suntikan dos vaksin Pfizer dengan jarak masa 8 minggu. Ini adalah kuantiti dos yang lebih rendah daripada yang diberikan kepada orang dewasa dan jarak masa di antara dua dos adalah lebih lama untuk memastikan vaksin ini diterima dengan baik.
Pendaftaran anak-anak anda di dalam program ini adalah secara sukarela, tetapi ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk mendaftar anak-anak mereka untuk melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19 dan kesan sampingan berjangka panjang.
Anda boleh mendaftar anak anda sebagai tanggungan melalui aplikasi MySejahtera. Vaksin boleh didapati di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) seperti hospital, klinik, PPV integrasi dan PPV offsite.
Video panduan di dalam bahasa Arab, Urdu, Tamil, Rohingya, Tedim dan Farsi boleh dilayari di saluran YouTube Refugee Malaysia.
Buat masa ini, pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, tingkatkan amalan 3W dan jauhi 3C!
Amalkan 3W –
- Mencuci tangan.
- Memakai pelitup muka.
- Beri perhatian kepada amaran daripada pihak-pihak berkuasa.
Jauhi 3C –
- Jauhi kawasan yang sesak.
- Elakkan kawasan yang sempit.
- Elak bersembang dengan jarak yang dekat.
Poster: Jauhi 3C, Amalkan 3W.
* Multi-system Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah keadaan di mana terjadinya keradangan di pelbagai bahagian badan termasuk jantung, paru-paru, buah pinggah, otak, kulit, mata dan saluran gastrointestinal. (Sumber: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit [CDC])
** Long Covid – Sesetengah pesakit akan mengalami masalah kesihatan yang baru atau berterusan selepas 4 minggu atau lebih daripada masa mereka mula-mula dijangkiti oleh COVID-19. (Sumber: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit [CDC])