Harap maklum bahawa sekiranya berlaku tangkapan atau penahanan, anda boleh membuat laporan kepada UNHCR melalui:
- Borang Laporan Tangkapan dan Tahanan di laman web Refugee Malaysia
- Talian Tangkapan dan Tahanan. Talian ini boleh digunakan untuk melaporkan tangkapan dan tahanan di 012-630 5060 pada masa berikut:
- Hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) 8.00 pagi – 6.00 petang
- Hujung Minggu (Sabtu hingga Ahad) 8.00 pagi – 4.00 petang
Semasa membuat laporan, sila sertakan maklumat berikut:
- Nama orang yang ditangkap
- nombor UNHCR
- Tarikh dan tempat tangkapan
- Nama balai polis, pusat tahanan di mana orang itu berada
- Nombor badan jika seseorang berada di penjara atau pusat tahanan
- Tarikh mahkamah dan nama mahkamah jika tarikh mahkamah telah diberikan
Unit Perlindungan akan memantau semua laporan tangkapan yang dibuat melalui talian Tahanan dan laman web Refugee Malaysia. UNHCR akan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan secepat mungkin. Ini untuk mengelakkan individu yang ditangkap di bawah Akta Imigresen dari ditahan lebih lama atau di dakwa.
Sila rujuk video ini dalam bahasa Inggeris dan Melayu tentang cara melaporkan tangkapan dan tahanan kepada UNHCR. Poster dalam pelbagai bahasa tentang melaporkan tangkapan boleh didapati di sini dan brosur tentang perkara yang perlu dilakukan jika anda telah ditangkap boleh didapati di sini.