Soalan Lazim Proses Pendaftaran pada 1 Jun 2022

Jumaat / 03 Jun 2022

Setakat 1 Jun 2022, UNHCR telah mengemas kini prosedur untuk pembaharuan dokumen yang telah tamat tempoh dan pendaftaran baru. Sila rujuk dibawah untuk jawapan kepada soalan lazim tentang proses ini.

S. Kad atau surat UNHCR saya sudah tamat tempoh atau akan tamat tempoh tidak lama lagi. Bagaimanakah saya boleh memperbaharuinya?

Lebih kurang dua minggu sebelum dokumen UNHCR anda tamat tempoh, anda akan menerima SMS dengan tarikh dan masa temujanji anda.

Anda akan menerima 1 lagi SMS peringatan tiga hari sebelum tarikh temujanji.

Tarikh temujanji anda selalunya akan dijadualkan pada hari yang sama seperti tarikh tamat tempoh di dokumen anda. Pada hari temujanji, anda perlu menunjukkan SMS pengesahan yang anda terima kepada kakitangan UNHCR di UNHCR Refugee Centre sebelum anda dibenarkan masuk. Sila datang ke UNHCR Refugee Centre 30 minit sebelum waktu temujanji anda.

Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan masuk ke UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pelarian dan pemohon suaka.

Jika anda mempunyai dokumen UNHCR yang telah tamat tempoh dan anda tidak menerima sebarang SMS, ini bermaksud nombor telefon anda di dalam rekod UNHCR tidak lagi sah. Setiap kali anda menukar nombor telefon/e-mel/alamat kediaman anda, sila kemas kini melalui laman web Refugee Malaysia.

Hanya individu yang mempunyai temujanji untuk pembaharuan dokumen UNHCR dan membawa dokumen yang telah tamat tempoh sahaja akan dibenarkan masuk ke dalam UNHCR Refugee Centre. Tolong jangan bawa saudara mara atau ahli keluarga lain yang tidak berdaftar bersama anda.

Sila bawa botol air dan makanan anda sendiri apabila anda datang ke UNHCR Refugee Centre dengan temujanji.

Apabila anda berada di hadapan UNHCR Refugee Centre atau/dan di dalam UNHCR Refugee Centre, sila buang sampah anda ke dalam tong sampah.

S. Bagaimanakah saya boleh mendaftar diri sebagai pemohon suaka dengan UNHCR di Malaysia?

Akibat penutupan dan penyekatan di bawah COVID-19, sekatan pergerakan, dan SOP COVID-19 kebangsaan, UNHCR tidak dapat menerima individu ke UNHCR Refugee Centre kecuali dalam keadaan luar biasa. Oleh kerana itu, temuduga pendaftaran pelarian dijalankan dari jauh untuk kes yang memerlukan pendaftaran segera berdasarkan risiko perlindungan mendesak.

Selepas UNHCR Refugee Centre dibuka pada September 2021, dan di atas permintaan komuniti, UNHCR mengutamakan perbaharuan 68,000 dokumen yang telah tamat tempoh, sambil meneruskan juga temuduga pendaftaran secara bersemuka dalam bilangan yang terhad. Keutamaan telah diberikan kepada individu yang berisiko tinggi. Contoh individu berisiko tinggi adalah wanita berisiko, kanak-kanak berisiko, warga emas berisiko, orang kurang upaya, orang yang mempunyai masalah kesihatan serius, dan orang yang menghadapi risiko penangkapan atau pengusiran dalam waktu terdekat. Harap maklum bahawa bukan semua kanak-kanak, warga emas, wanita, ataupun wanita hamil dianggap sebagai berisiko; namun begitu, jika seorang warga emas mempunyai masalah kesihatan yang serius, dia mungkin boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran.

Memandangkan kebanyakan dokumen (68,000) yang tamat tempoh pada 2020-2021 telah diperbaharui, UNHCR kini memberikan temujanji untuk mengesahkan individu yang didaftarkan atas talian dan untuk menjalankan temuduga pendaftaran. Pendaftaran akan diutamakan untuk individu yang membuat permohonan pada atau sebelum 2019, dan/atau individu yang berisiko, seperti wanita berisiko, kanak-kanak berisiko, warga emas berisiko, orang kurang upaya, orang yang mempunyai masalah kesihatan serius, dan orang yang menghadapi risiko penangkapan atau pengusiran dalam waktu terdekat. Bukan semua orang yang telah memohon pendaftaran akan diproses dalam masa ini. Untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pelarian, pendaftaran hanya akan dibuat dengan temujanji.

Tolong jangan datang ke UNHCR Refugee Centre untuk pendaftaran baru jika anda tiada temujanji. Anda akan menerima panggilan telefon untuk temujanji, dan kemudian SMS pengesahan jika anda dijadualkan untuk temuduga pendaftaran.

Jika anda sudah menghantar permohonan pendaftaran melalui laman web kami, tolong jangan hantar permohonan berulang kali kerana ini akan melambatkan pemprosesan untuk anda dan orang lain. Sila ingat untuk mencetak atau menyimpan nombor rujukan anda jika anda telah memohon pendaftaran melalui laman web kami.

Sila tunggu untuk dihubungi oleh UNHCR untuk temuduga pendaftaran. Sejumlah besar individu sedang menunggu pendaftaran, jadi tempoh menunggu adalah panjang.

Apabila anda sudah menerima tarikh temujanji untuk datang ke UNHCR Refugee Centre untuk temuduga pendaftaran, sila bawa botol air dan makanan sendiri pada hari temujanji anda.

Apabila anda berada di hadapan UNHCR Refugee Centre atau di dalam, sila buang sampah anda di dalam tong sampah.

S. Siapakah yang akan diutamakan untuk pendaftaran baru?

Pada masa ini, UNHCR mengutamakan permohonan yang dibuat pada atau sebelum 2019, dan/atau individu yang berisiko. Contoh individu yang berisiko adalah wanita berisiko, kanak-kanak berisiko, warga emas berisiko, orang kurang upaya, orang yang mempunyai masalah kesihatan serius, dan orang yang menghadapi risiko penangkapan atau pengusiran dalam waktu terdekat. Bukan semua kanak-kanak, warga emas, wanita, ataupun wanita hamil dianggap sebagai berisiko. Hanya mereka yang menghadapi risiko perlindungan yang lebih tinggi ataupun mempunyai keperluan khusus tambahan akan dipertimbangkan untuk pendaftaran. Contohnya, jika seorang warga emas mempunyai masalah kesihatan yang serius, dia mungkin boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran.

S. Apakah yang saya perlu bawa untuk temujanji pendaftaran saya?

Sila bawa semua ahli keluarga terdekat anda dan semua dokumen yang berkaitan dengan kes anda seperti pasport, dokumen pengenalan diri, sijil perkahwinan, dokumen hospital, banci keluarga ataupun dokumen identiti nasional, salinan buku perkhidmatan tentera, dan bukti pendaftaran lama di pejabat UNHCR dan/atau UNRWA yang lain. Sila bawa juga botol air dan makanan anda sendiri ke pejabat UNHCR kerana tiada kedai berdekatan dan tempoh menunggu di pejabat mungkin lebih lama daripada yang anda jangkakan.

S. Saya sudah berdaftar, tetapi isteri dan anak-anak saya (bawah 18 tahun) tidak. Bagaimanakah saya boleh mendaftar isteri dan anak-anak saya?

Sila hantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web Refugee Malaysia ataupun hubungi Talian Pendaftaran di 017-6143810 dari 8:00 pagi hingga 4:00 petang Isnin hingga Jumaat. Jika anda menghantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web, sila pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan tersebut. Anda akan dihubungi oleh UNHCR dengan temujanji untuk menambah isteri dan anak-anak ke dalam fail anda. Kami memproses kes begini berdasarkan tarikh permohonan diterima dan sama ada individu-individu tersebut berisiko. Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan masuk ke UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pelarian.

Q: Anak saya baru sahaja lahir. Bagaimanakah saya boleh memasukkan bayi ke dalam fail saya?

Sila hantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web Refugee Malaysia. Jika anda menghantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web kami, sila pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan tersebut. Tolong jangan pergi ke pejabat UNHCR jika anda tiada temujanji. Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan masuk ke UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pelarian.

S: Saya kehilangan kad UNHCR saya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kad gantian?

Sila hantar laporan dokumen hilang melalui laman web Refugee Malaysia. Jika anda menghantar laporan dokumen hilang melalui laman web kami, sila pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan berikut. Anda akan dihubungi UNHCR dalam masa sebulan untuk pergi ke pejabat UNHCR pada tarikh temujanji yang diberikan, di mana anda akan diberikan dokumen gantian.

Q. Adakah saya perlu bayar untuk menghantar permohonan pendaftaran atau untuk mendapatkan bantuan UNHCR atau rakan kongsinya?

Tidak. Semua perkhidmatan UNHCR dan rakan kongsinya, termasuk perkhidmatan pendaftaran dan dokumen UNHCR, adalah percuma. Jika seseorang meminta bayaran untuk anda mendapatkan perkhidmatan UNHCR, sila laporkan melalui Borang Aduan (Penipuan & Rasuah) ataupun emel kepada Pasukan Risiko, Integriti dan Pengawasan UNHCR di mlslufrd@unhcr.org.



Share