Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 7 Jun 2021, aktiviti pemprosesan yang memerlukan kehadiran fizikal di Pusat Pendaftaran UNHCR akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Individu yang dijadualkan untuk hadir ke Pusat Pendaftaran semasa tempoh ini akan dihubungi semula bagi penukaran tarikh temu janji anda.
Jika anda mempunyai temu janji dengan organisasi seperti IOM, RSC dan ICMC, kamu akan dihubungi oleh pihak organisasi berkenaan.
Sila layari laman web Refugee Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini.