Sekatan Pergerakan Penuh (MCO 3.0) mulai 1 Jun 2021

Isnin / 31 Mei 2021

Harap maklum bahawa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO 3.0) yang merupakan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Perintah Kawalan Pergerakan ini sama seperti MCO pertama (MCO 1.0) yang diumumkan pada bulan Mac 2020, dimana sekatan penuh dikenakan pada pergerakan dan penutupan hampir semua sektor selain daripada sektor ekonomi dan perkhidmatan yang penting. Maklumat terperinci mengenai Prosidur Tetap Operasi (SOP) akan dikongsi.

Harap maklum bahawa aktiviti sosial seperti mengunjungi rakan tidak dibenarkan. Tinggal di rumah sepenuhnya dan hanya keluar untuk membeli keperluan seperti makanan atau ubat. Teruskan amalan kebersihan yang baik seperti pemakaian topeng yang betul, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan menjaga jarak fizikal.

Sekiranya anda berasa tidak sihat, cuba asingkan diri dari mereka yang berkongsi rumah dengan anda. Jalankan ujian COVID-19 secepat mungkin dan terus asingkan diri anda sementara menunggu keputusan.

Pelarian dan pencari suaka diminta untuk mematuhi SOP yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 yang membimbangkan ini. Lawati laman web Refugee Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai MCO dan cara untuk mendapatkan bantuan.



Share