UNHCR Malaysia telah melancarkan saluran Telegram rasmi kami dalam 13 bahasa untuk pelarian dan pemohon suaka mencari maklumat berguna terus daripada UNHCR.
Semua pelarian dan pemohon suaka digalakkan untuk melanggan saluran untuk mengetahui tentang berita terkini daripada UNHCR. Pelanggan tidak akan dapat membalas mesej yang dikongsi oleh UNHCR. Semua nama pengguna dan nombor telefon juga akan disembunyikan. Nombor telefon pelanggan tidak dapat dilihat oleh pelanggan lain dalam saluran tetapi boleh dilihat oleh UNHCR.
Cara-cara untuk menyertai saluran telegram UNHCR Malaysia:
- Pasang aplikasi Telegram
- Pada bar Carian Telegram, taip ‘Refugee Malaysia’. Anda akan dapat melihat saluran dalam pelbagai bahasa.
- Klik pada nama saluran pilihan anda.
- Klik pada ‘Sertai’ untuk melanggan saluran.
Saluran tersedia dalam bahasa Arab, Burma,Bahasa Inggeris, Hakha, Jingpo, Melayu, Mon, Parsi, Rohingya, Somali, Tamil, Tedim, dan Urdu.
Perkhidmatan Telegram ini akan melengkapkan laman web refugeemalaysia.org, yang semua orang digalakkan untuk melawati secara berkala.
Sila rujuk video tentang cara-cara memuat turun Telegram dan menyertai saluran UNHCR dalam bahasa Rohingya di sini.