Soalan Lazim Pendaftaran Dengan UNHCR

Siapa yang akan diberi keutamaan untuk pendaftaran baharu?

K
C

UNHCR mengutamakan permintaan yang dibuat pada atau sebelum 2019, dan terutamanya individu yang berisiko. Contoh individu yang berisiko adalah wanita berisiko, kanak-kanak berisiko, warga emas berisiko, orang kurang upaya, orang yang mempunyai masalah kesihatan serius, dan orang yang menghadapi risiko penangkapan atau penghantaran pulang dalam waktu terdekat. Bukan semua kanak-kanak, warga emas, wanita, ataupun wanita hamil dianggap sebagai berisiko. Hanya jika mereka menghadapi risiko perlindungan yang lebih tinggi atau mempunyai keperluan khusus tambahan, dia akan dipertimbangkan untuk pendaftaran dipercepatkan

Apa yang perlu saya bawa ke temu duga pendaftaran saya?

K
C

Sila bawa semua dokumen yang berkaitan dengan kes anda seperti pasport, kertas pengenalan diri, sijil perkahwinan, sijil kelahiran, dokumen hospital, banci keluarga atau dokumen pengenalan kebangsaan, buku perkhidmatan tentera dan bukti pendaftaran sebelumnya dengan UNHCR dan/atau Pejabat UNRWA yang lain. Sila bawa juga botol air dan makanan anda sendiri ke pejabat UNHCR kerana tiada kedai berdekatan dan tempoh menunggu di pejabat mungkin lebih lama daripada yang anda jangkakan.

Saya sudah berdaftar, tetapi isteri dan anak-anak (bawah 18) belum. Bagaimanakah saya boleh mendaftar isteri dan anak-anak saya?

K
C
Sila hantar permohonan untuk menukar komposisi keluarga, melalui laman web Refugee Malaysia. Jika anda menghantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web, sila pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan tersebut. Tolong jangan hantar permohonan pendaftaran baharu berulang kali untuk isteri dan anak anda, jika anda sudah menghantar permohonan perubahan komposisi keluarga. Anda akan dihubungi oleh UNHCR dengan temujanji untuk menambah isteri dan anak-anak ke dalam fail anda. Kami memproses permohonan berdasarkan tarikh permintaan diterima. Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Pusat Pelarian UNHCR / UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pelarian.

Baru-baru ini, saya baru mendapat bayi baru. Bagaimanakah saya boleh memasukkan bayi ke dalam fail saya?

K
C
Sila hantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web Refugee Malaysia. Jika anda menghantar permohonan untuk pertukaran komposisi keluarga melalui laman web, sila pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan tersebut. Sila jangan hantar permohonan pendaftaran baharu tambahan untuk bayi anda yang baru lahir, jika anda sudah menghantar permohonan perubahan komposisi keluarga. Tolong jangan pergi ke pejabat UNHCR jika anda tiada temujanji. Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Pusat Pelarian UNHCR / UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pelarian. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran kanak-kanak boleh didapati di sini.

Adakah saya perlu membayar untuk menghantar permohonan pendaftaran atau semasa mendapatkan bantuan UNHCR/ atau rakan kongsinya?

K
C
Tidak. Semua perkhidmatan UNHCR dan rakan kongsinya, termasuk perkhidmatan pendaftaran dan dokumen UNHCR, adalah percuma. Jika seseorang meminta anda membayar perkhidmatan UNHCR, sila laporkan di: Borang Aduan Penipuan dan Rasuah atau e-mel Unit Risiko, Integrasi dan Pengawasan UNHCR: mlslufrd@unhcr.org