Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga

Selamat Datang ke Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga. Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang proses penempatan di negara ketiga, termasuklah senario-senario berkaitan dengan penempatan di negara ketiga.

Mendapatkan Maklumat Umum dan Khusus Kes Mengenai Penempatan di Negara Ketiga

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat tentang penempatan di negara ketiga mengikut mandat UNHCR?

K
C

Buku Panduan Penempatan Di Negara Ketiga UNHCR memberikan maklumat terperinci mengenai dasar dan praktis penempatan semula UNHCR. Di dalam setiap Bab Negara, Negara-Negara Ketiga juga telah menjelaskan dasar-dasar dan program mereka. Buku Panduan Penempatan Di Negara Ketiga ini adalah dokumen umum.

Bagaimana saya boleh menghubungi Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit (DSU) untuk membincangkan kes saya?

K
C

Anda tidak perlu pergi ke pejabat UNHCR, menghantar surat, faks ataupun emel. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk memastikan yang nombor telefon dan alamat emel anda sentiasa dikemaskini dengan UNHCR dengan mengisi Borang Hubungan ini, supaya UNHCR boleh mengatur janji temu dengan ada bila perlu.

Kelayakan dan Proses Untuk Penempatan Di Negara Ketiga

Selepas temu duga pendaftaran, berapa lama masa yang diambil untuk saya diiktiraf dan ditempatkan di negara ketiga?

K
C

Individu yang berdaftar dengan UNHCR akan melalui proses penentuan status pelarian, di mana penilaian terperinci terhadap keperluan perlindungan antarabangsa individu tersebut akan dijalankan sebelum keputusan dibuat untuk mengenalpasti sama ada mereka adalah pelarian. Hanya individu-individu yang ditentukan sebagai pelarian oleh UNHCR sahaja boleh dipertimbangkan untuk penempatan di negara ketiga. Waktu pemprosesan untuk penentuan status pelarian dan penempatan di negara ketiga, jika berkenaan, adalah berbeza untuk setiap kes. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.

Saya telah menerima kad pelarian saya. Bilakah saya akan dipanggil untuk temu duga penempatan di negara ketiga?

K
C

Jika anda mempunyai kad pelarian, ia tidak bermaksud anda akan dikenalpasti secara automatik untuk penempatan di negara ketiga. Tempoh penginapan di Malaysia juga tidak bermaksud pelarian tersebut akan dikenalpasti untuk penempatan di negara ketiga. 'Kategori Penghantaran' penempatan semula dijelaskan dalam Bab 3 Buku Panduan Penempatan Semula UNHCR. Akibat kuota penempatan semula yang terhad, kes akan diutamakan untuk penempatan di negara ketiga mengikut tahap kepentingan dan keseriusan keperluan perlindungan dan penempatan semula.

Temuduga penempatan di negara ketiga saya telah selesai. Bilakah saya akan dipanggil untuk temu duga dengan negara ketiga?

K
C

Temuduga penempatan di negara ketiga bertujuan untuk menilai kes anda untuk penempatan semula. Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, kes anda akan disemak semula sebelum keputusan dibuat bagi menentukan sama ada ia patut diserahkan untuk penempatan semula. Masa yang diambil untuk proses ini adalah berbeza untuk setiap kes. Jika kes anda dihantar kepada Amerika Syarikat, Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) akan menghubungi anda untuk memaklumkan tarikh temuduga anda dengan RSC. Untuk negara selain daripada America Syarikat, UNHCR ataupun Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi / International Organization for Migration (IOM) akan menghubungi anda bagi pihak negara ketiga untuk memberi maklumat tentang tarikh temuduga anda bersama kakitangan negara ketiga.

Temuduga penempatan di negara ketiga saya telah selesai. Bilakah saya akan dipanggil untuk temu duga dengan negara ketiga?

K
C

Temuduga penempatan di negara ketiga bertujuan untuk menilai kes anda untuk penempatan semula. Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, kes anda akan disemak semula sebelum keputusan dibuat bagi menentukan sama ada ia patut diserahkan untuk penempatan semula. Masa yang diambil untuk proses ini adalah berbeza untuk setiap kes. Jika kes anda dihantar kepada Amerika Syarikat, Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) akan menghubungi anda untuk memaklumkan tarikh temuduga anda dengan RSC. Untuk negara selain daripada America Syarikat, UNHCR ataupun Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi / International Organization for Migration (IOM) akan menghubungi anda bagi pihak negara ketiga untuk memberi maklumat tentang tarikh temuduga anda bersama kakitangan negara ketiga.

Saya menerima panggilan daripada Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit (DSU) yang memberitahu bahawa kes saya 'ditangguh' untuk penempatan di negara ketiga. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

K
C

Untuk melindungi kerahsiaan, UNHCR tidak boleh menjelaskan kepada setiap individu kenapa kes mereka tertangguh. Kes boleh tertangguh atas pelbagai sebab. Namun begitu, setelah isu tersebut dinilai sepenuhnya, dijelaskan dan diselesaikan, proses penempatan di negara ketiga boleh disambung semula. Jika anda pergi ke pejabat UNHCR ataupun bertanya tentang kes anda dengan kerap, ini tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membantu kes anda untuk bergerak dengan lebih cepat.

Kenapa proses penempatan di negara ketiga saya mengambil masa yang lama?

K
C

Penempatan di negara ketiga adalah proses yang memakan masa lama untuk semua pihak yang terlibat. Waktu pemprosesan adalah berbeza untuk setiap negara akibat undang-undang imigresen, keutamaan dan sumber-sumber yang berbeza, dan ini membuatkan ia susah untuk diramalkan. Isu-isu seperti kelahiran, perkahwinan, kehamilan, penceraian dan hak penjagaan, pendaftaran, dan kematian juga perlu dinilai dengan betul dan diselesaikan sebelum penempatan di negara ketiga.

Tentang Negara Ketiga

Semasa temu duga penempatan ke negara ketiga, bolehkah saya bertanya kes saya akan diserahkan kepada negara yang mana?

K
C

Ya, anda boleh tanya. UNHCR mengambil kira keinginan keluarga anda dan juga kriteria-kriteria setiap negara ketiga. Maklumat ini akan membantu UNHCR untuk memilih negara ketiga yang sesuai untuk keluarga anda.

Bolehkah saya memohon penempatan ke negara pilihan saya?

K
C

Walaupun UNHCR mengambil perhatian terhadap negara ketiga yang diutamakan oleh pihak pelarian, keputusan muktamad untuk pemilihan negara kekal dengan UNHCR. Untuk membuat keputusan itu, UNHCR juga mengambil kira keperluan khusus para pelarian dan juga hubungan keluarga.

Bolehkah saya menolak negara ketiga yang telah dipilih untuk saya? Apakah yang akan berlaku kepada kes saya selepas saya menolak tawaran itu?

K
C

Jika anda memilih untuk tidak dipertimbangkan bagi penempatan semula di negara tertentu, ada risiko yang anda akan dikecualikan daripada proses penempatan di negara ketiga selanjutnya. Jika anda sudah ditemuduga oleh negara ketiga dan kes anda sudah diterima, kemudian anda menarik balik kes anda, UNHCR akan menasihati anda tentang implikasi dan akibat penarikan diri - UNHCR mungkin tidak boleh menghantar kes anda sekali lagi ke negara pilihan anda.

Senario-Senario Khusus Penempatan di Negara Ketiga

Kes saya telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk penempatan semula. Saya terlibat dalam penipuan identiti pada tahun 2012. Saya mengaku dan kes saya ditangguhkan. Bilakah saya akan ditemuduga dan ditempatkan di negara ketiga?

K
C

Mereka yang terlibat di dalam penipuan identiti telah ditemuduga pada Mac dan April 2019 oleh pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat / US Department of Homeland Security (DHS). Untuk maklumat lanjut tentang kes anda, sila hubungi Pusat Sokongan Penempatan Semula (RSC) dengan menghubungi +603 2141 5846 / +603 9212 8117 atau menghantar e-mel kepada mereka di KLinquires@rescue.org.

Saya telah selesai pemeriksaan perubatan dan telah diminta oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi / International Organization for Migration (IOM) untuk menjalani pemeriksaan lain. Kenapa?

K
C

Negara-negara ketiga memerlukan pemeriksaan perubatan yang telah dikemas kini bagi semua pelarian. Sebelum perlepasan, pihak pelarian mungkin akan melalui lebih daripada satu pemeriksaan, terpulang kepada dasar-dasar negara ketiga.

Keluarga saya masih menunggu penyelesaian kekal / durable solution. Bolehkah saya meneruskan proses penempatan di negara ketiga saya? Apa yang akan berlaku kepada ahli keluarga saya? Adakah UNHCR akan membantu menyatukan semula keluarga saya di negara ketiga?

K
C

UNHCR menggalakkan penyatuan semula keluarga dan pemulihan perhubungan, dan tidak akan memisahkan keluarga. Ia adalah penting untuk anda memaklumkan kepada UNHCR tentang mana-mana ahli keluarga yang belum didaftar. Kaunseling juga akan diberikan kepada keluarga tersebut untuk menasihatkan mereka tentang implikasi dan akibat keputusan ini.

Jika saya berkahwin dengan orang bukan pelarian, bolehkah pasangan dan anak saya mendapatkan kad UNHCR dan ditempatkan di negara ketiga bersama-sama saya?

K
C

Jika anda berkahwin dengan pihak bukan pelarian, anda mungkin berhak untuk dapat status pemastautin ataupun kewarganegaraan di negara pasangan anda. Perkahwinan dengan pasangan bukan pelarian akan dinilai dengan teliti oleh UNHCR untuk melihat pilihan yang sedia ada bagi individu tersebut dan juga situasi ahli keluarga, sebelum mereka dipertimbangkan untuk penempatan di negara ketiga.

Saya dalam perkahwinan poligami. Bolehkah isteri saya ditempatkan di negara ketiga bersama saya?

K
C

Poligami adalah salah di sisi undang-undang di hampir semua negara ketiga dan jika pihak pelarian berniat untuk meneruskan perkahwinan poligami itu, mereka tidak boleh ditempatkan di negara ketiga. Setiap keluarga akan diberi kaunseling oleh UNHCR mengenai peluang mereka untuk ditempatkan di negara ketiga dan keluarga tersebut boleh mempertimbangkan pilihan yang paling sesuai untuk pasangan dan anak-anak mereka.

Pasangan/isteri saya berumur di bawah 18 tahun. Bolehkah kami dihantar ke negara ketiga bersama-sama?

K
C

Perkahwinan kanak-kanak adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan secara amnya dianggap sebagai satu bentuk keganasan berasaskan jantina. Oleh itu, jika anda berkahwin dengan seseorang yang berumur di bawah 18 tahun, anda dan pasangan anda mungkin tidak layak untuk penempatan ke negera ketiga. Perkahwinan kanak-kanak tidak sah di sisi undang-undang negara di negara-negara ketiga. Di sesetengah negara ketiga, bidang kuasa luar wilayah untuk rogol berkanun boleh dikenakan kepada pasangan/suami yang telah berkahwin dengan kanak-kanak.

Anak saya yang berumuh di bawah 18 tahun sudah berkahwin. Adakah ini akan menjejaskan peluang keluarga saya untuk pergi ke negara ketiga?

K
C

Jika anda atau ahli keluarga anda terlibat dalam perkahwinan dengan seseorang yang berumur di bawah 18 tahun, kes anda akan disemak oleh UNHCR dan ia mungkin menyebabkan kes anda tidak layak untuk penempatan ke negara ketiga. Ini kerana perkahwinan kanak-kanak adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan secara amnya dianggap sebagai satu bentuk keganasan berasaskan jantina. Di samping itu, ibu bapa atau penjaga yang mengatur perkahwinan tersebut juga boleh didakwa di negara ketiga.

Saya telah ditolak oleh negara ketiga. Apa yang akan berlaku seterusnya?

K
C

Kes anda tidak akan diserahkan secara automatik kepada negara ketiga yang lain. Namun begitu, UNHCR akan membuat penilaian semula mengikut kes demi kes, sambil mengambil kira sebarang keperluan khusus keluarga anda. Akibat kriteria-kriteria yang berlainan untuk setiap negara ketiga, anda tidak boleh menganggap yang jika anda ditolak oleh sebuah negara, anda anda diterima pula oleh negara yang lain.

Saya telah ditawarkan kedua-dua program penajaan dan peluang penempatan ke negara ketiga melalui UNHCR. Jika saya memilih program penajaan, bolehkah saya memberikan ruang penempatan ke negera ketiga saya kepada ahli keluarga atau ahli komuniti saya yang lain?

K
C

Tidak. Penghantaran penempatan semula individu atau keluarga berdasarkan penilaian bahawa individu atau keluarga itu memerlukan penempatan semula. Oleh itu, peluang untuk pertimbangan penempatan semula tidak boleh dipindahkan kepada saudara atau rakan.