Temujanji UNHCR (29 September 2021)

Rabu / 29 September 2021

Pejabat UNHCR masih belum buka untuk walk-in.

UNHCR sudah mula menghubungi pelarian dan pemohon suaka yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk datang ke pejabat UNHCR untuk temujanji mereka, selaras dengan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dan SOP yang berkenaan. UNHCR akan mula menghubungi individu yang berada di negeri lain di luar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan.

Hanya pelarian dan pemohon suaka yang mempunyai temu janji sahaja boleh datang ke pejabat UNHCR. Jika anda belum diberi temujanji dan tidak berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, tolong jangan datang ke pejabat UNHCR.

Mereka yang sudah dihubungi untuk temujanji akan diberi tarikh dan masa untuk datang ke pejabat UNHCR. Anda akan menerima SMS pengesahan yang mengandungi tarikh dan masa temujanji anda. Anda perlu menunjukkan SMS pengesahan di Pusat Penyambut Tetamu (Reception Centre) untuk dibenarkan masuk. Individu yang datang ke pejabat UNHCR tanpa temujanji akan diminta pulang.

Sebagai peringatan, tolong pastikan anda memakai pelitup muka sepanjang masa dan mematuhi SOP COVID-19. Jika anda rasa tidak sihat sebelum temujanji atau pada hari temujanji, jangan pergi ke pejabat UNHCR. Sila hubungi Talian Pendaftaran untuk beritahu UNHCR dan temujanji anda akan dijadualkan semula.

Sebarang maklumat dan perubahan tentang akses ke pejabat UNHCR akan diberi melalui laman web refugeemalaysia.org. Sila pastikan anda sentiasa menyemak laman web ini untuk maklumat terkini.



Share