Sila pastikan nombor telefon anda dikemas kini dengan UNHCR. UNHCR sedang aktif memanggil dan menghantar SMS kepada pelarian dan pemohon suaka untuk menjadualkan janji temu dan memproses kes. Jika nombor telefon anda tidak dikemas kini, UNHCR tidak dapat menghubungi anda. Sila maklumkan kepada UNHCR setiap kali anda menukar nombor telefon anda dengan menyerahkan borang kemas kini nombor telefon yang tersedia di sini.
Dalam borang kemas kini nombor telefon, sila pastikan anda memasukkan nombor ID UNHCR mengikut karakter yang tepat pada dokumen UNHCR anda. Jika anda mengisi borang dengan betul, anda akan menerima SMS pengesahan dalam masa tujuh hari. Anda tidak akan menerima SMS pengesahan jika anda tidak mengisi borang dengan betul atau jika nombor telefon anda sudah dikemas kini dengan UNHCR.
Sila pastikan juga bahawa alamat semasa anda dikemas kini dengan UNHCR dengan menyerahkan borang kemas kini butiran peribadi yang tersedia di sini setiap kali anda menukar alamat anda.