UNHCR akan menghubungi pelarian dan pencari suaka untuk hadir ke pejabat bagi sesi temu ramah dan urusan lain yang berkaitan. Bagi mengurangkan bilangan individu di kawasan pejabat, temujanji untuk hadir ke UNHCR akan diberikan. Perhimpunan masih tidak dibenarkan.
Mereka yang telah dihubungi akan diberi tarikh dan masa untuk hadir ke temujanji di pejabat. Anda diminta untuk tidak datang ke pejabat UNHCR jika tidak ada temujanji. Individu yang hadir ke pejabat tanpa temujanji akan diminta untuk meninggalkan premis pejabat dengan segera.
Sila ambil perhatian bahawa COVID-19 adalah isu yang serius. Sila praktikkan langkah-langkah untuk mencegah COVID-19 dari terus merebak.