Pendaftaran Anak Anda

Jika anda baru melahirkan bayi, anda boleh mendaftarkan anak anda dan mendapatkan sijil kelahiran mereka di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tiada bayaran dikenakan jika anda mendaftarkan bayi di JPN dalam tempoh 60 hari selepas bayi dilahirkan. Selepas 60 hari, anda akan dikenakan bayaran untuk pendaftaran lewat.

Langkah 1: Dapatkan Borang Pendaftaran Kelahiran

Dapatkan borang permohonan di hospital di mana bayi dilahirkan, atau di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Langkah 2: Pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara

Lawati Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membawa borang yang lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda memerlukan dokumen berikut:

  • Dokumen pengenalan diri (kad UNHCR atau surat Under Consideration (UC) / kad komuniti / pasport) – asal dan salinan
  • Bagi ibu bapa yang berdaftar dengan UNHCR, sila bawa kad UNHCR atau surat Under Consideration (UC) anda ke JPN. Jika anda memegang pasport yang sah, sila berikan maklumat pasport kepada JPN. Maklumat pasport akan disertakan pada sijil kelahiran anak anda untuk tujuan penyimpanan rekod. Butiran pasport anda tidak akan dikongsi dengan negara asal anda. Jika anda tidak dapat mendapatkan sijil kelahiran untuk anak-anak kerana dokumen UNHCR anda telah tamat tempoh, boleh hubungi pejabat cawangan JPN yang berhampiran sekali lagi setelah dokumen UNHCR anda telah diperbaharui.
  • Sijil perkahwinan atau penceraian ibu bapa (jika berkenaan) – asal dan salinan
    Sila ambil perhatian bahawa JPN hanya menerima sijil perkahwinan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Malaysia atau pihak berkuasa pendaftaran rasmi lain sebagai bukti perkahwinan yang sah. Sijil perkahwinan komuniti tidak diterima di JPN. Jika anda beragama Islam dan tidak mempunyai sijil nikah rasmi, hanya nama ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran. Bagi ibu bapa bukan Islam, nama bapa boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran walaupun tanpa sijil nikah rasmi.
  • Dokumen pengesahan kelahiran dari hospital, atau laporan polis jika bayi dilahirkan di rumah – asal
  • Borang permohonan pendaftaran kelahiran yang lengkap – asal dan salinan
  • Buku pemeriksaan pra-natal (buku peperiksaan bersalin) atau kad temujanji – asal
  • Jika anda merupakan pasangan bukan Islam yang belum berkahwin, orang yang mengaku sebagai bapa kepada anak anda mesti menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu anak tersebut. Jika tidak, maklumat bapa tidak akan dinyatakan pada sijil kelahiran kanak-kanak tersebut.
  • Untuk pendaftaran kelahiran lewat, sila layari laman web JPN untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan. Borang AM 80 dan BMK 81 yang telah diterjemahkan boleh dilihat di sini (untuk rujukan sahaja).

Peringatan : Sila maklumkan kepada UNHCR jika anda ada masalah di mana-mana cawangan JPN dengan berkongsi butiran masalah tersebut (apa yang berlaku, bila ia berlaku, dan cawangan JPN mana yang terlibat) dengan ketua komuniti anda. Jika boleh, sila sertakan butiran atau gambar dokumen yang berkaitan.

Peringatan

v

Orang yang Berbahasa Melayu

Jika boleh, kami sarankan untuk anda mendapatkan bantuan orang yang berbahasa Melayu untuk membantu ada.

Kelahiran Dalam Tahanan

Jika bayi dilahirkan semasa ibu dalam tahanan, pihak berkuasa imigresen pusat tahanan itu harus membantu pendaftaran kelahiran dan mendapatkan sijil kelahiran bayi, kerana ibu dan bayi kedua-duanya berada di bawah jagaan pihak berkuasa imigresen

Orang Yang Mendaftarkan

Ibu bapa, penjaga yang sah atau mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang kelahiran boleh mendaftarkan kelahiran sekiranya mereka membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Lokasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Anda boleh melawati mana-mana pejabat JPN yang tersenarai di sini. Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, kami sarankan untuk anda berkunjung ke pejabat ini:

JPN Jalan Duta
Bangunan Kerajaan Jalan Duta
(Kompleks Kerajaan Tuanku Abdul Halim)
Publika Dutamas, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Anda juga boleh melanggani video di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa lain di sini untuk memahami prosedur pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara.

Kemasukan Bayi Baru Lahir Dalam Fail UNHCR Anda

Jika anda telah berdaftar dengan UNHCR, dan telah memperoleh sijil kelahiran dan/atau dokumen sokongan lain untuk bayi anda, sila muat naik salinan sijil kelahiran dan/atau dokumen sokongan lain yang diperlukan dan hantarkan, dengan mengisi borang Pertukaran Komposisi Keluarga.

Disebabkan pandemik COVID-19, UNHCR tidak menerima sebarang walk-in. Tolong jangan datang ke UNHCR tanpa janji temu. Anda boleh meminta temu janji dengan mengisi borang Perubahan Komposisi Keluarga dan sila tunggu UNHCR hubungi anda untuk temu janji.