Untuk meningkatkan ciri keselamatan dan kecekapan dalam mengesahkan semua dokumen UNHCR, termasuk dokumen kertas, pada 25 Julai 2022, UNHCR telah mengeluarkan dokumen UNHCR versi baharu kepada pelarian dan pemohon suaka. Surat Dalam Pertimbangan/Under Consideration (UC) dan Surat Salinan Sah /Certified True Copy (CTC) yang dikeluarkan kepada individu yang kehilangan dokumen mereka akan disertakan kod QR yang membolehkan dokumen itu disahkan melalui aplikasi mudah alih UNHCR Verify Plus yang tersedia di Gedung Google Play dan di Apple Store.
Mulai 25 Julai, individu yang baru didaftarkan, serta mereka yang datang ke Pusat Penerimaan/ Reception Centre untuk memperbaharui dokumen yang telah tamat tempoh atau menggantikan dokumen mereka yang hilang akan menerima versi baharu surat UC atau CTC dengan kod QR. Bagi individu yang mempunyai surat UC atau CTC sedia ada tanpa kod QR, dokumen anda kekal sah sehingga tarikh luput. UNHCR tidak akan menggantikan dokumen sedia ada dengan versi baharu yang mengandungi kod QR.
Untuk rujukan, sampel surat UC dan CTC baru boleh didapati di sini.
Jika anda kehilangan dokumen UNHCR, anda harus memaklumkan UNHCR dengan segera menggunakan borang ini. Diingatkan bahawa adalah penting untuk anda menyimpan dokumen UNHCR anda dengan selamat kerana ia menunjukkan identiti dan status sah anda mengikut UNHCR. Dokumen UNHCR yang hilang akan dinyahaktifkan serta-merta, dan aplikasi UNHCR Verify Plus akan dapat mengesan dokumen yang dinyahaktifkan untuk mengelakkan penyalahgunaan dokumen yang hilang.