Laman Web baru untuk Pelarian di Malaysia

Jumaat / 29 November 2019

Sila ambil maklum bahawa semua individu yang mahu bertemu dengan UNHCR Malaysia harus mendapatkan temu janji,

kecuali mereka yang telah memegang kad UNHCR atau dokumen UNHCR yang lain. Pemegang dokumen UNHCR tersebut boleh hadir ke pejabat UNHCR tanpa temu janji bagi tujuan berikut:

  1. Kemasukan bayi yang baru lahir ke dalam fail UNHCR
  2. Membuat aduan kehilangan kad/dokumen UNHCR
  3. Pembaharuan dokumen

Temu janji boleh di mohon menerusi pautan ini di laman web Refugee-Malaysia mulai hari Isnin, 2 Disember 2019.

Ini adalah laman web percubaan yang dijalankan oleh UNHCR Malaysia, dimana ia akan memudahkan para pelarian untuk mendapat maklumat berkenaan dengan perlindungan dan bantuan yang diperlukan.. Salah satu fungsi utama laman web ini adalah untuk kemudahan permohonan temu janji.

Sila ambil maklum bahawa kebanyakan maklumat di laman web ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Kami masih berusaha untuk mengembangkan maklumat tersebut dalam pelbagai bahasa.

Semua permohonan yang di hantar akan diproses oleh UNHCR. Oleh kerana UNHCR menerima ratusan email sehari, diharap anda dapat bersabar sekiranya permohonan anda tidak dibalas dengan segera.

Sekiranya anda telah membuat satu permohonan temu janji, jangan membuat permohonan yang lain kerana ia akan memperlambatkan proses penjadualan temu janji anda.



Share