Diskaun Bagi Pemegang Kad UNHCR dan Surat UNHCR Di Semua Kemudahan Kesihatan Kerajaan

Khamis / 16 Ogos 2018

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan 50% diskaun di semua kemudahan kesihatan kerajaan kepada semua pemegang Kad UNHCR dan Surat UNHCR. Pekeliling rasmi bertarikh 10 Ogos 2018 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkara ini telah dikeluarkan dan dimaklumkan kepada semua kemudahan kesihatan kerajaan di Malaysia.

Ini bermakna, semua pemegang Kad UNHCR dan Surat UNHCR layak mendapat 50% diskaun daripada kadar bayaran untuk warga asing, bagi semua perkhidmatan di mana-mana kemudahan kesihatan kerajaan. Namun begitu, diskaun 50% ini tidak dilanjutkan kepada individu yang memegang kad temu janji UNHCR.



Share