Harap maklum bahawa bermula 21 Julai 2025, terdapat perubahan waktu operasi Talian Tangkapan dan Tahanan UNHCR (012-630 5060). Talian ini hanyalah untuk melaporkan pelarian dan pemohon suaka yang ditangkap atau ditahan SAHAJA. Waktu operasi talian ini adalah:
Hari minggu – Isnin hingga Jumaat: 2 petang hingga 6 petang
Hujung minggu – Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum UN): 8 pagi hingga 4 petang
Laporan tangkapan dan tahanan boleh dibuat melalui Borang Hubungi Kami di laman web Refugee Malaysia.
Unit Perlindungan akan memantau semua laporan tangkapan yang dibuat melalui talian Tahanan dan laman web Refugee Malaysia. UNHCR akan mengambil tindakan secepat mungkin dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, untuk mengelakkan pelarian dan pemohon suaka yang telah ditangkap di bawah Akta Imigresen daripada terus ditahan dan/atau didakwa.
Sila layari laman web Refugee Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Perlindungan Undang-Undang, Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), Penempatan ke Negara Ketiga, dan lain-lain.