Penentuan Status Pelarian

Penentuan Status Pelarian / Refugee Status Determination (RSD) ialah proses yang mana kerajaan atau UNHCR menentukan sama ada seseorang yang mencari perlindungan antarabangsa dianggap sebagai pelarian di bawah undang-undang antarabangsa, serantau atau negara. Walaupun Negara-Negara mempunyai tanggungjawab utama untuk menentukan status pelarian, UNHCR boleh menjalankan RSD di bawah mandatnya di negara dan wilayah yang bukan parti dalam Konvensyen Pelarian 1951, atau yang belum lagi mewujudkan rangka kerja perundangan dan institusi untuk menyokong proses RSD.

Memandangkan Malaysia bukan parti dalam Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak mempunyai sistem suaka kebangsaan, UNHCR menjalankan RSD di bawah mandatnya di Malaysia. RSD adalah unit yang bertanggungjawab menjalankan fungsi ini.

Anda Ada Beberapa Soalan?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Penentuan Status Pelarian (RSD).