Berhati-hati: Scam Pendaftaran dan Penempatan di Negara Ketiga di Facebook

Khamis / 16 Mac 2023

UNHCR telah menerima laporan tentang beberapa orang di Facebook yang mendakwa boleh memberi kad UNHCR, surat Dalam Pertimbangan (UC letter), dan surat permohonan penempatan di negara ketiga sekiranya dia dibayar amaun berjumlah RM50 ke RM100. Melalui beberapa siaran di Facebook, individu-individu itu meminta sesiapa sahaja yang berminat mendapatkan dokumen UNHCR untuk menghantar maklumat peribadi mereka ke satu nombor WhatsApp atau Viber. Individu-individu berkenaan mendakwa mereka beroperasi dari Butterworth, Pulau Pinang, dan Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Ini adalah satu penipuan. Individu-individu ini tidak ada kaitan dengan UNHCR dan tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk mengeluarkan dokumen UNHCR. Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Anda tidak boleh membayar mana-mana kakitangan UNHCR atau mana-mana individu untuk memproses kes anda untuk Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), Penempatan Semula atau sebarang sebab lain.

UNHCR tidak akan sekali-kali meminta wang daripada anda. Berhati-hati dengan orang yang mendakwa boleh menolong anda untuk mendapatkan dokumen UNHCR atau akses kepada proses UNHCR dengan pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

Jika anda terjumpa individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhidmatan UNHCR (dokumen UNHCR, RSD, penempatan di negara ketiga dan lain-lain) dengan syarat dia dibayar, laporkan perkara ini kepada:

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share