UNHCR ingin mengingatkan pelarian dan pemohon suaka yang kehilangan dokumen UNHCR (kad atau surat Dalam Pertimbangan / Under Consideration letter) supaya melaporkan kehilangan dokumen anda melalui borang ini di laman web Pelarian Malaysia.
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak wajib untuk mendapatkan laporan polis disebabkan kehilangan dokumen UNHCR. Sebaik sahaja anda melaporkan kehilangan dokumen di laman web Pelarian Malaysia, UNHCR akan menghubungi anda dalam masa satu bulan untuk memberi temu janji untuk datang ke pejabat UNHCR dan mendapatkan dokumen gantian. Jika anda kehilangan dokumen lebih daripada sekali, anda hanya akan menerima salinan dokumen yang diperakui.
Selepas anda melaporkan kehilangan dokumen anda di laman web Refugee Malaysia, sila ingat untuk menyimpan nombor rujukan laporan untuk rekod masa hadapan. Sila jangan hantar borang di laman web ini beberapa kali kerana ia boleh melambatkan lagi pemprosesan. Jika terdapat sebarang bukti penipuan menggunakan dokumen yang dikeluarkan oleh UNHCR, anda mungkin disiasat kerana penipuan.
Anda akan menerima dokumen gantian walaupun anda tidak mempunyai laporan polis tentang kehilangan dokumen tersebut. Jika anda ingin membuat laporan polis untuk rekod anda sendiri, sila pastikan maklumat yang anda berikan kepada polis adalah benar. Membuat laporan palsu adalah satu jenayah di bawah undang-undang Malaysia dan, jika didakwa, individu itu boleh dipenjarakan sehingga 6 bulan atau didenda sehingga RM 2,000, atau kedua-duanya sekali. UNHCR tidak akan campur tangan dalam sebarang kes jenayah.