Dengan sukacitanya UNHCR mengumumkan pembukaan Pusat Komuniti Jangkauan Johor (JOCC) pada 3 Ogos 2020. Dengan kerjasama dengan rakan NGO, Cahaya Surya Bakti, pusat jangkauan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha UNHCR untuk menangani cabaran dan perbelanjaan yang dihadapi oleh pelarian dan pencari suaka dari negeri lain yang terpaksa menempuhi jarak jauh ke Perwakilan UNHCR di Kuala Lumpur untuk urusan rutin seperti mendapatkan maklumat dan untuk pembaharuan dokumen.
Terletak di Kempas, Johor, pusat ini akan dikendalikan oleh rakan NGO Cahaya Surya Bakti (CSB) dengan kerjasama UNHCR. Harap maklum bahawa JOCC bukan Pejabat Lapangan UNHCR.
JOCC akan mula menghubungi pelarian dan pencari suaka yang tinggal di Johor untuk menghadirkan diri ke pusat bagi urusan pembaharuan dokumen. Ini akan dilakukan dengan janji temu sahaja. Mereka yang hadir ke JOCC tanpa janji temu akan diminta untuk meninggalkan premis itu.
Sila dapatkan maklumat di bawah mengenai JOCC:
- Alamat: No. 38, Jalan Kempas Utama 2/4, 81300 Johor Bahru.
- Nombor Telefon: 07-5547432, 07-5547631.
- Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4.30 petang (dengan janji temu sahaja) .
- Hari operasi: Ahad hingga Khamis (dengan janji temu sahaja).