Sila pastikan anda mengingati nombor fail UNHCR dan nombor individu anda. Adalah penting untuk menghafal nombor UNHCR, atau merekodkannya di tempat yang sesuai, sekiranya anda kehilangan dokumen UNHCR atau pihak berkuasa meminta butiran anda. Mengetahui nombor fail UNHCR dan nombor individu dapat membantu UNHCR melakukan pengesahan identiti anda.
Kami menasihati semua pelarian dan pemohon suaka untuk mengambil gambar dokumen UNHCR dan menyimpannya dalam telefon untuk akses mudah.
Sila juga ingat untuk menyimpan dokumen UNHCR bersama anda pada setiap masa.
Untuk maklumat lanjut tentang dokumen UNHCR, lawati Dokumen UNHCR.