Dokumen UNHCR
Dokumen identiti UNHCR diberikan kepada individu yang berdaftar dengan UNHCR dan menunjukkan dua nombor yang berbeza:
- Nombor fail UNHCR dikongsi oleh semua ahli isi rumah pemegang dokumen; dan
- Nombor individu UNHCR adalah unik kepada pemegang dokumen.
Nombor-nombor ini tertera di tempat yang berbeza di dokumen anda. Sila lihat contoh dokumen di bawah untuk maklumat lanjut.
Format Nombor Fail Lama dan Baru
Individu yang berdaftar dengan UNHCR sebelum 2 Februari 2021 memiliki nombor fail yang mengandungi huruf “C”. Nombor fail mereka akan tetap mengandungi huruf “C” di semua dokumen yang diisukan kepada mereka. Individu yang berdaftar dengan UNHCR selepas 2 Februari 2021 memiliki nombor fail yang menggunakan format baru di mana tanda sempang (-) menggantikan huruf “C”. Semua dokumen UNHCR yang menggunakan kedua-dua format nombor fail ini kekal sah.
123-45C67890
(Format lama)
123-45-67890
(Format baru)
Kad UNHCR


Surat Salinan Sah / Certified Copy Letter (CTC)

Surat Dalam Pertimbangan / Under Consideration Letter (UC)

Kad Temujanji
Individu yang belum berdaftar dengan UNHCR tetapi mempunyai temujanji untuk pendaftaran mungkin akan diberikan Kad Temujanji berikut dengan nombor rujukan kad temujanji UNHCR.

