Laluan Komplementari

Selain daripada penempatan di negara ketiga (resettlement), Laluan Komplementari ialah laluan selamat untuk pelarian dan pemohon suaka untuk masuk dan tinggal di negara ketiga. Setiap negara menetapkan kriteria mereka sendiri untuk penerimaan melalui peluang tersebut. Pelarian dan pemohon suaka boleh memohon terus, tanpa memerlukan rujukan UNHCR. Peranan UNHCR adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang, kriteria dan proses permohonan yang sah. UNHCR tidak merujuk individu atau memproses permohonan untuk peluang ini.

Kebanyakan laluan komplementari memerlukan permohonan dimulakan oleh ahli keluarga atau rakan yang sudah tinggal di negara ketiga. Jika anda berminat dengan laluan atau program tertentu, minta kenalan anda di negara ketiga untuk menghubungi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu pelarian di sana. Jika permohonan telah dihantar, dapatkan bantuan daripada Kedutaan/Suruhanjaya Tinggi yang berkenaan.

Penyatuan Semula Keluarga

Negara yang disenaraikan di bawah menawarkan peluang penyatuan semula keluarga untuk pelarian. Jika anda mempunyai saudara di mana-mana negara ini dan anda ingin memahami cara mereka boleh membantu anda menyertai saudara anda melalui program penyatuan semula keluarga, klik pada nama negara yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Program Penajaan Peribadi Pelarian (PSR) Kanada / Canada’s Private Sponsorship of Refugees (PSR) Programme

Warganegara Kanada dan komuniti mereka mungkin boleh membantu pelarian berpindah ke Kanada melalui program Penajaan Peribadi Pelarian (PSR). Maklumat tambahan boleh didapati di laman web Kerajaan Kanada dan UNHCR Kanada.

UNHCR Malaysia telah menerima permintaan bukti status pelarian untuk permohonan penajaan “Kumpulan 5 (G5)”, di mana lima atau lebih warganegara Kanada atau penduduk tetap boleh menaja seorang pelarian untuk pergi ke Kanada. Sila ambil perhatian bahawa UNHCR Malaysia tidak memberikan bukti sedemikian atau sebarang surat. Sebaliknya, Kerajaan Kanada mengesahkan status pelarian individu yang sedang dalam permohonan G5 secara terus dengan UNHCR. Semasa mengisi borang permohonan G5, sila sertakan salinan dokumen UNHCR anda.

Program Kemanusian Khas (SHP) Australia / Australia’s Special Humanitarian Programme (SHP)

Warganegara Australia dan komuniti mereka mungkin boleh membantu pelarian berpindah ke Australia melalui Program Kemanusiaan Khas Australia (SHP). Maklumat tambahan boleh didapati di laman web Kerajaan Australia.

UNHCR Malaysia mengekalkan komunikasi tetap dengan Suruhanjaya Tinggi Australia untuk menyokong pelarian yang layak melalui proses penajaan.

Peluang Pendidikan Negara Ketiga

Beberapa laluan komplementari membolehkan pelarian meneruskan pendidikan mereka di negara ketiga. Platform UNHCR Opportunities menyediakan senarai program bertauliah untuk pengajian lanjutan, peningkatan kemahiran, dan pembangunan profesional yang tersedia untuk pelarian. Setiap program yang disenaraikan di platform ini disahkan oleh UNHCR. Jika anda berminat untuk meneroka peluang melanjutkan pelajaran di Malaysia atau negara lain, klik di sini.

Sila ambil perhatian bahawa UNHCR tidak menyokong permohonan visa pelajar. Jika anda diterima oleh universiti di luar Malaysia, sila hubungi Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi negara tuan rumah untuk memohon visa pelajar anda.

Mobiliti Tenaga Kerja

Laluan komplementari tambahan termasuk program mobiliti tenaga kerja. Dalam kes sedemikian, pelarian mendapat tawaran pekerjaan daripada syarikat di negara ketiga dan menerima sokongan untuk pergi dan memasuki negara tersebut.

Organisasi tertentu, seperti Talent Beyond Boundaries dan TalentLift (Kanada), menyediakan peluang kepada pelarian untuk mencipta profil pengalaman kerja dalam talian dan memohon pekerjaan di negara ketiga. Sila ambil perhatian bahawa proses permohonan pekerjaan ini boleh menjadi sangat kompetitif.

Talent Beyond Boundaries (TBB)

Untuk melihata peluang yang sedia ada, sila lawati halaman Peluang /Opportunities di laman web Talent Beyond Boundaries. Untuk memohon peluang tertentu, anda perlu mendaftar untuk Katalog Bakat/ Talent Catalogue dan kemudian kembali ke halaman Peluang / Opportunities. Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran dengan platform dalam talian Talent Beyond Boundaries dan penggunaan perkhidmatan TBB adalah percuma untuk semua calon.

TalentLift (Kanada)

TalentLift (Kanada) ialah agensi non-profit pengambilan pekerja antarabangsa yang menyokong majikan Kanada untuk mengupah pelarian. Calon boleh mendaftar di platform bakat untuk menyertai kumpulan calon yang mencari pekerjaan antarabangsa dan visa mahir ke Kanada.

Nota: Pendaftaran dalam talian di platform Talent Beyond Boundaries dan perkhidmatan TBB adalah percuma untuk semua calon.

Lebih banyak peluang mobiliti tenaga kerja boleh didapati di laman web khusus negara:

Australia: Skilled Refugee Labour Agreement Pilot
Jerman: Make it in Germany
United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland: Displaced Talent Mobility Pilot