Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan penjagaan kesihatan tersedia untuk semua orang di Malaysia, tetapi pelarian dan pemohon suaka selalunya perlu membayar yuran. Di kemudahan kesihatan kerajaan, termasuk hospital awam, pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR dikenakan bayaran 50% daripada caj warga asing. Pelarian dan pemohon suaka juga boleh melawat klinik NGO yang disenaraikan di bawah, yang mengenakan bayaran yang lebih rendah tetapi hanya menawarkan penjagaan asas, bermakna perkhidmatan kesihatan asas yang tidak memerlukan kemasukan ke hospital.
Maklumat di bawah menerangkan cara pelarian dan pemohon suaka di Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan asas dan penjagaan sekunder (untuk keadaan serius yang mungkin memerlukan kemasukan ke hospital), apakah perkhidmatan percuma yang tersedia untuk pelarian dan pemohon suaka di kemudahan kesihatan kerajaan, dan bagaimana pelarian dan pemohon suaka perlu bersedia untuk kelahiran anak.
Penjagaan Primer
Penjagaan primer adalah perkhidmatan kesihatan asas. Jika anda tidak sihat, anda perlu pergi ke klinik penjagaan kesihatan asas terlebih dahulu. Jangan tunggu sehingga anda sangat sakit, kerana anda mungkin memerlukan rawatan yang lebih mahal di hospital. Klinik penjagaan primer biasanya menyediakan vaksinasi untuk kanak-kanak, penjagaan antenatal (untuk wanita hamil), perkhidmatan perancangan keluarga, dan rawatan untuk diabetes dan darah tinggi. Terdapat tiga jenis klinik penjagaan kesihatan primer:
- Kemudahan kesihatan kerajaan – Klinik Kesihatan atau Jabatan Pesakit Luar (OPD) di hospital kerajaan.
Kemudahan kesihatan kerajaan ini menawarkan perkhidmatan penjagaan asas kepada pelarian dan pemohon suaka, tetapi dengan bayaran 50% daripada yuran warga asing untuk individu yang berdaftar dengan UNHCR. Individu tanpa dokumen UNHCR dikenakan bayaran penuh warga asing. Apabila individu yang berdaftar dengan UNHCR dibekalkan ubat di fasiliti kesihatan kerajaan, mereka boleh diberi bekalan ubat yang penuh, dan bukannya bekalan ubat lima hari yang biasa diberikan kepada warga asing lain. Anda boleh tunjukkan pekeliling KKM ini untuk meminta bekalan ubat yang penuh.
- Klinik NGO
Klinik NGO berikut menawarkan perkhidmatan penjagaan asas kepada pelarian dan pemohon suaka dengan bayaran yang rendah. Ada yang mengadakan klinik bergerak yang mungkin lebih dekat dengan tempat tinggal anda; sila hubungi mereka terus untuk bertanya sama ada mereka mengadakan klinik bergerak di lokasi yang sesuai untuk anda.
Ini adalah senarai klinik-klinik NGO yang boleh anda lawati. Klik butang di bawah untuk melihat maklumat lanjut seperti alamat, nombor telefon, emel, waktu operasi dan senarai perkhidmatan.
- Jalan Pudu > Klinik Percuma Tzu-Chi
- Klang >Klinik Percuma Tzu Chi
- Selayang > Klinik Bergerak Tzu-Chi
- Brickfields > Health Equity Initiatives
- Brickfields > Klinik ACTS – Arrupe
- Sentul > Pusat Penjagaan Kesihatan Komuniti (CHCC) / PT Foundation
- Sentul > Klinik Percuma HOPE Worldwide
- Butterworth > Klinik Mewah 6
- Ampang > Klinik QFFD – MERCY Malaysia
- Kajang > Klinik QFFD – MERCY Malaysia
- Selayang > Klinik QFFD – IMARET
- Kota Tinggi > Klinik QFFD – IMARET
- Sg Petani > Klinik QFFD – MRA
- Seri Kembangan > Klinik Amal Muhajir
- Subang Jaya > Klinik Kecheerian
- Klinik Swasta
Klinik swasta mungkin lebih dekat dengan anda, tetapi mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada klinik kerajaan atau NGO. Beberapa klinik swasta bersetuju untuk mengurangkan yuran rawatan mereka untuk pelarian dan pemohon suaka, yang termasuk klinik yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Kesihatan Qualitas, Care Clinic dan Global Doctors (klik pada pautan untuk lokasi klinik). Kebanyakan klinik swasta ini menerima sebarang dokumen pengenalan, termasuk dokumen UNHCR atau kad komuniti atau surat.
Penjagaan Kedua
Penjagaan kedua diperlukan apabila seseorang mengalami masalah perubatan serius dan memerlukan rawatan atau pembedahan di hospital. Ini mungkin disebabkan oleh kecemasan perubatan atau trauma seperti kemalangan kereta atau tempat kerja, atau klinik penjagaan asas mungkin merujuk anda untuk rawatan kedua jika klinik tidak dapat merawat anda. Sekiranya anda mengalami kecederaan atau penyakit yang serius, anda harus mendapatkan rawatan perubatan segera di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) hospital kerajaan terdekat.
Di hospital kerajaan, pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar UNHCR dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50. Pelarian dan pemohon suaka yang perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan pesakit dalam selalunya perlu membayar deposit antara RM700- RM1,400. Bergantung pada tahap serius keadaan anda, bayaran untuk rawatan yang diterima di hospital mungkin lebih tinggi daripada deposit. Bergantung pada tahap serius keadaan anda, bayaran untuk rawatan yang diterima di hospital mungkin lebih tinggi daripada deposit.
Sokongan UNHCR Untuk Penjagaan Kedua
Kos penjagaan kedua boleh menjadi sangat mahal untuk pelarian dan pemohon suaka. UNHCR dan rakan kongsi kami mempunyai dana terhad untuk menyokong penjagaan kedua bagi pelarian dan pemohon suaka dengan keadaan perubatan yang paling mendesak dan mengancam nyawa. Jika anda memerlukan sokongan untuk membayar rawatan penjagaan kedua, anda boleh membuat permohonan bantuan terus kepada rakan kongsi UNHCR – Malaysian Relief Agency (MRA). Sila hubungi terus MRA melalui talian hotline atau alamat e-mel berikut dengan dokumen sokongan yang berkaitan dengan keadaan perubatan anda.
Malaysian Relief Agency (MRA)
E-mel: socialworker1.mra@gmail.com / socialworker2.mra@gmail.com
Telefon atau WhatsApp: +6017 450 9163 / +6017 507 8923
Talian hotline ini khas untuk penyedia perkhidmatan kesihatan/rakan kongsi NGO/pelarian dan pemohon suaka untuk bertanya dan meminta bantuan perubatan sahaja. Sila JANGAN hubungi talian hotline ini untuk memohon pendaftaran atau penempatan ke negara ketiga.
Disebabkan dana yang terhad, hanya sebilangan kecil permohonan akan diluluskanSila JANGAN hubungi talian hotline ini untuk meminta pendaftaran atau penempatan semula. Kelulusan diputuskan bersama oleh Jawatankuasa Rujukan Kesihatan yang terdiri daripada wakil perubatan dan bukan perubatan daripada UNHCR dan 3 NGO.
Nota: MRA tidak dapat membantu mana-mana kes yang memerlukan dialisis untuk kegagalan buah pinggang. Akses kepada pembedahan jantung, angioplasti dan rawatan kanser juga akan bergantung pada ketersediaan dana.
Perkhidmatan Percuma di Kemudahan Kesihatan Kerajaan
Walaupun pelarian dan pemohon suaka secara amnya perlu membayar yuran warga asing di kemudahan kesihatan kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengecualikan yuran untuk sesiapa sahaja di Malaysia yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan berikut:
- Rawatan untuk penyakit berjangkit
Mana-mana pelarian atau pemohon suaka yang disyaki atau disahkan menghidap penyakit berjangkit berikut boleh mendapatkan rawatan secara percuma di kemudahan kesihatan kerajaan:
- Demam kuning
- Ebola
- Kolera
- Malaria
- Plague
- Typhoid / Kepialu
- Tuberkulosis (hanya untuk ubat-barisan pertama)
- Varian influenza
- Polio
Anda boleh tunjukkan pekeliling KKM ini di fasiliti kesihatan kerajaan untuk mendapatkan rawatan penyakit berjangkit secara percuma.
- Vaksinasi polio kanak-kanak
Kanak-kanak pelarian dan pemohon suaka berumur 7 tahun ke bawah boleh menerima vaksinasi gabungan Hexaxim rutin secara percuma di kemudahan kesihatan kerajaan, tanpa membayar yuran pendaftaran atau suntikan. Vaksinasi Hexaxim melindungi kanak-kanak daripada difteria, tetanus, pertusis, hepatitis B, poliomielitis dan penyakit invasif yang disebabkan oleh Haemophilus influenzae jenis B (Hib). Anda boleh tunjukkan pekeliling KKM ini untuk meminta vaksin Hexaxim secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan.
Melahirkan Anak di Malaysia
UNHCR tidak dapat menyediakan sokongan kewangan untuk kelahiran anak. Kehamilan normal bukan keadaan perubatan yang memerlukan pendaftaran UNHCR dipercepatkan untuk wanita hamil itu. Ini bermakna pelarian dan pemohon suaka yang sedang mengandung tetapi belum berdaftar dengan UNHCR harus bersedia untuk membayar yuran penuh penjagaan antenatal dan penjagaan bersalin warga asing di kemudahan kesihatan kerajaan. Walaupun jumlah bayaran di hospital kerajaan mungkin berbeza mengikut kes, berikut adalah anggaran kos:
Harap maklum bahawa caj tersebut adalah anggaran dah bukan semestinya caj akhir yang akan diberi oleh hospital kerajaan:
Untuk kehamilan kompleks atau berisiko tinggi, ia adalah sangat penting untuk anda menerima rawatan seperti yang dinasihatkan oleh kakitangan kesihatan. Pelarian dan pencari suaka dengan kehamilan berisiko tinggi dan rumit harus melawat klinik NGO untuk penilaian lanjut dan boleh menghubungi MRA untuk mendapatkan sokongan kewangan melalui butiran perhubungan di atas.
Pelarian dan pemohon suaka boleh mendapatkan perkhidmatan perancangan keluarga di klinik NGO. Penjagaan antenatal juga tersedia untuk pelarian dan pemohon suaka di klinik Antenatal Kumpulan Perubatan Qualitas, yang menawarkan Pakej Pemeriksaan Antenatal.
Setelah anak anda lahir, sila layari Mendaftarkan Anak Anda untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendaftarkan kelahiran anak dan memasukkan mereka ke dalam fail UNHCR anda.
Bahan Komunikasi Kesihatan
Webinar Tuberkulosis