Dokumen UNHCR
Dokumen identiti UNHCR diberikan kepada individu yang berdaftar dengan UNHCR dan menunjukkan dua nombor yang berbeza:
- Nombor fail UNHCR dikongsi oleh semua ahli isi rumah pemegang dokumen; dan
- Nombor individu UNHCR adalah unik kepada pemegang dokumen.
Nombor-nombor ini tertera di tempat yang berbeza di dokumen anda. Sila lihat contoh dokumen di bawah untuk maklumat lanjut.
Nombor Fail UHNHCR
Nombor fail UNHCR untuk individu yang berdaftar dengan UNHCR ada beberapa format mengikut bila mereka berdaftar dengan UNHCR:
123-12C12345
Individu yang berdaftar dengan UNHCR sebelum 2 Februari 2021 memiliki nombor fail yang ada huruf “C”, diikuti oleh 5 nombor. Nombor fail mereka tetap akan ada huruf “C” di semua dokumen UNHCR yang diisu kepada mereka.
123-12-12345
Individu yang berdaftar dengan UNHCR pada 2 Februari 2021 hingga 16 April 2023 akan memiliki nombor fail yang ada tanda sengkang (-) menggantikan huruf “C”, diikuti oleh 5 nombor.
123-12-1234567
Individu yang berdaftar dengan UNHCR mulai 17 April 2023 juga memiliki nombor fail yang ada tanda sengkang (-) diikuti oleh 7 nombor, bukan 5 nombor.
Kad UNHCR
Depan
Belakang
Surat Salinan Sah / Certified Copy Letter (CTC)
Surat Dalam Pertimbangan / Under Consideration Letter (UC)
Depan
Belakang
Kad Temujanji
Individu yang belum berdaftar dengan UNHCR tetapi mempunyai temujanji untuk pendaftaran mungkin akan diberikan Kad Temujanji berikut dengan nombor rujukan kad temujanji UNHCR.
Depan
Belakang