Penghantaran Pulang Secara Sukarela
UNHCR memudahkan penghantaran pulang secara sukarela dengan menyediakan maklumat negara asal untuk memastikan anda membuat keputusan yang sewajarnya, memberi panduan langkah demi langkah mengenai prosedur keluar dari Malaysia dan memberi Borang Penghantaran Semula / Voluntary Repatriation Form (VRF) yang diperlukan untuk keluar dari Malaysia.
Hubungi UNHCR
Jika anda sudah berdaftar dengan UNHCR dan ingin pulang ke negara asal anda, anda boleh beritahu UNHCR tentang keinginan anda untuk pulang dengan mengisi borang kontak ini.
Setelah menerima permohonan kaunseling anda, Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit (DSU) di UNHCR akan menghubungi anda untuk mengaturkan temu janji kaunseling penghantaran secara sukarela. Semasa sesi kaunseling, anda akan diberitahu maklumat untuk membantu membuat keputusan termaklum atas kepulangan sukarela ke negara asal anda, termasuk keadaan di negara asal anda dan prosedur keluar imigresen.
Tolong jangan beli tiket penerbangan sebelum anda menghadiri sesi kaunseling penghantaran pulang secara sukarela kerana ia mungkin akan terbazir. Pemilikan tiket penerbangan tidak menjanjikan temu janji lebih awal untuk sesi kaunseling dengan UNHCR.
Anda Ada Soalan?
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQ) Penghantaran Pulang Secara Sukarela.