Soalan Lazim (FAQ) Penghantaran Pulang Secara Sukarela.
Selamat datang ke Soalan Lazim (FAQ) Penghantaran Pulang Secara Sukarela. Di sini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang proses Penghantaran Pulang Secara Sukarela, serta skop penglibatan UNHCR Malaysia dalam Penghantaran Pulang Secara Sukarela.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat tentang penghantaran pulang secara sukarela ke negara asal saya dalam mandat UNHCR?
Buku Panduan UNHCR mengenai Kepulangan Pulang Sukarela menyediakan maklumat terperinci tentang dasar dan amalan Kepulangan Pulang Secara UNHCR. Buku Panduan ini ialah dokumen awam.
Saya telah menghadiri sesi kaunseling penghantaran pulang secara sukarela bersama Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit (DSU). Bolehkah saya menghubungi Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit (DSU) selepas itu untuk bertanya maklumat terbaru mengenai urusan penghantaran pulang saya?
Anda tidak perlu menghubungi Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solutions Unit (DSU) dengan datang ke pejabat UNHCR, atau menghantar surat, faks atau e-mel. Unit Penyelesaian Kekal / Durable Solution Unit akan menghubungi anda jika terdapat keperluan untuk menyelesaikan sebarang isu yang belum selesai untuk menilai dan/atau membantu kepulangan secara sukarela anda. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan nombor telefon dan alamat e-mel anda dikemas kini dengan UNHCR dengan mengisi Borang Perhubungan, supaya Pejabat UNHCR boleh menghubungi anda apabila diperlukan.
Saya tidak boleh pulang ke negara saya kerana tidak selamat, tetapi bolehkah UNHCR menghantar saya ke negara bersebelahan negara asal saya?
Penghantaran Pulang Secara Sukarela bermaksud kepulangan ke negara asal seseorang secara sukarela dan dalam keadaan yang selamat dan bermaruah. UNHCR tidak mengatur, membantu atau memudahkan perjalanan ke negara jiran.
Hidup saya sangat susah di Malaysia. Saya ingin pergi ke negara lain. Bolehkah UNHCR memberi Borang Penghantaran Balik Sukarela / Voluntary Repatriation Form (VRF) kepada saya?
Borang Penghantaran Pulang Secara Sukarela /Voluntary Repatriation Form (VRF) HANYA dikeluarkan jika individu menyatakan hasrat untuk kembali ke negara asal.
Adakah UNHCR dapat membantu jika saya berada dalam bahaya untuk dipulangkan secara paksa ke negara asal saya?
UNHCR akan menyokong individu tersebut untuk menghalang pengusiran ke negara asal, terutamanya jika didapati nyawa individu itu berisiko jika dihantar pulang.
Permohonan untuk status pelarian saya telah ditolak dan saya ingin pulang ke negara asal saya. Bolehkah UNHCR membantu saya?
Selepas permohonan akhir status pelarian anda ditolak semasa rayuan, anda tidak lagi berdaftar dengan UNHCR. Oleh itu, UNHCR tidak dapat memberi Borang Kepulangan Secara Sukarela / Voluntary Return Form (VRF) kepada anda. Sebaliknya, anda menghubungi IOM untuk mendapatkan kaunseling dengan menghantar e-mel kepada mereka di AVRmalaysia@iom.int. Pemohon perlu menanggung kos permit keluar dan pas khas mereka.