UNHCR Malaysia Tidak Mengeluarkan Lesen Memandu

Selasa / 05 Mei 2020

UNHCR mendapati terdapat beberapa artikel berita yang melaporkan mengenai lesen memandu untuk pelarian yang didakwa dikeluarkan oleh UNHCR. Dokumen ini adalah palsu. UNHCR Malaysia tidak mengeluarkan lesen memandu.

Kami ingin menekankan lagi bahawa UNHCR hanya mengeluarkan kad pengenalan diri bagi pelarian di negara ini. Ia berfungsi untuk mengesahkan bahawa pemegang kad itu adalah pelarian yang memerlukan perlindungan antarabangsa dan tidak boleh dihantar secara paksa ke negara di mana nyawa atau kebebasan mereka mungkin berisiko. Kad yang dikeluarkan ini tidak memberikan hak lain kepada pemegang kad termasuk hak untuk memandu kenderaan di negara ini.

Ingat bahawa semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Jika anda mengesyaki terdapat kes penipuan dan rasuah, sila laporkan kepada:

Yakinlah bahawa semua laporan akan ditangani secara sulit. Anda akan diminta untuk menyertakan nama dan nombor telefon di dalam laporan tersebut untuk dihubungi bagi tindakan susulan.



Share