Kajian UNHCR-Bank Dunia Mengenai Kehidupan Pelarian

Rabu / 04 Oktober 2023

Harap maklum bahawa UNHCR Malaysia dan Bank Dunia sedang menjalankan projek kajian tentang kehidupan orang pelarian di Malaysia. Projek ini termasuk kajian yang bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai kehidupan pelarian berbanding dengan komuniti tuan rumah di Malaysia. Hasil projek ini diharapkan boleh memaklumkan dan menambah baik dasar-dasar dan program melibatkan orang pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.

UNHCR telah melibatkan IPSOS sebagai rakan penyelidik untuk menjalankan pengumpulan data untuk kajian ini yang akan melibatkan 2 peringkat, iaitu panggilan telefon dan tinjauan (survey). Notis ini bertujuan untuk memberitahu orang pelarian dan pemohon suaka yang mereka mungkin akan dihubungi oleh IPSOS jika mereka dipilh secara rawak sebagai bakal peserta untuk kajian tersebut.


Panggilan Telefon

  1. Anda mungkin akan menerima panggilan telefon daripada wakil IPSOS yang akan bertanya beberapa soalan untuk mengesahkan identiti anda.
  2. Selepas identiti anda disahkan, anda akan ditanya sama ada anda berminat untuk mengambil bahagian dalam kajian ini yang akan dijalankan secara fizikal. Jika anda setuju, IPSOS akan membuat temu janji untuk berjumpa dengan anda di tempat dan masa yang sesuai untuk anda.
  3. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian dalam kajian ini, anda boleh beritahu IPSOS dan mereka tidak akan memberi anda temu janji.

UNHCR ingin memberi jaminan kepada anda bahawa penyertaan dalam kajian ini adalah SUKARELA, dan tidak akan ada sebarang akibat jika anda tidak menyertainya. UNHCR juga ingin menegaskan bahawa kajian ini TIDAK berkaitan dengan proses kes individu dan tidak akan memberi kesan kepada kes anda.


Tinjauan (Survey)

  1. Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini ketika panggilan telefon, IPSOS akan membuat temu janji untuk berjumpa dengan anda di tempat yang sesuai dan selasa untuk anda.
  2. WAKTU TINJAUAN: Apabila wakil IPSOS berjumpa dengan anda, mereka akan perkenalkan diri dan menunjukkan surat yang mengesahkan penyertaan mereka dalam kajian ini. Kemudian, IPSOS akan menerangkan tujuan kajian kepada anda dan mendapatkan persetujuan anda untuk menyertai kajian ini.
  3. Jika anda setuju, IPSOS akan menjalankan tinjauan dengan anda dan ini akan mengambil masa lebih kurang 90 minit.

Harap maklum bahawa IPSOS adalah syarikat bebas yang dilantik oleh UNHCR untuk mengumpul data untuk kajian ini, dan IPSOS tidak akan dapat menjawab sebarang soalan berkaitan dengan kes individu.


Hubungi IPSOS:
Jika anda ada soalan atau isu tentang projek ini, sila e-mel MY-PA-Survey.Roma@ipsos.com atau telefon +603 2289 3000.



Share