Semua pelarian dan pencari suaka boleh menghubungi Talian Pendaftaran untuk pertanyaan berkaitan pendaftaran, termasuk permintaan berikut:
- Kemasukan yang baru dilahirkan.
- Kemasukan pasangan.
- Kemasukan ahli keluarga.
- Dokumen yang hilang.
- Mengemas kini nombor telefon dan alamat.
Permintaan untuk perkara di atas juga boleh dibuat melalui halaman hubungan laman web Refugee Malaysia ( https://refugeemalaysia.org/hubungi ).
Pelarian dan pencari suaka masih digalakkan untuk mengemas kini nombor telefon mereka melalui SMS, atau melalui borang hubungan dalam talian. Sila kunjungi laman web Refugee Malaysia untuk mendapatkan panduan mengenai mengemas kini nombor telefon melalui SMS ( https://www.refugeemalaysia.org/update-number ).
Pelarian dan pencari suaka diingatkan untuk tidak mendekati Pejabat UNHCR tanpa janji. Mereka yang datang ke pejabat tetapi tidak mempunyai janji akan diminta untuk segera pergi.
Talian Pendaftaran
Nombor Perhubungan: 017-6143810
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat)