Lelaki Bernama Devdass atau Davadass Anjan

Jumaat / 22 Disember 2023

UNHCR telah menerima laporan mengenai seorang lelaki warganegara Malaysia menggunakan nama Devdass atau Davadass Anjan, yang menghubungi ahli komuniti pelarian dan mendakwa dia dapat memberi penempatan semula ke Amerika Syarikat (AS) kepada pelarian dalam tempoh sebulan. Dia didakwa meminta individu membayar RM320 untuk borang permohonan dan RM2,000 lagi untuk menghantar borang tersebut. Di bawah adalah surat palsu yang didakwa diisukan oleh United States Citizenship and Immigration Services (USCIS) dan borang USCIS palsu dengan logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang didakwa telah dikongsikan kepada komuniti pelarian.

Surat dan borang yang didakwa dihantar oleh Devdass atau Davadass Anjan tidak dikeluarkan oleh Kerajaan AS ataupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Individu ini bukan kakitangan UNHCR atau USCIS. Dia tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR, USCIS atau mana-mana agensi kerajaan AS. Dia tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk memproses kes penempatan ke negara ketiga atau meminta maklumat peribadi daripada sesiapa.

Sila ambil perhatian juga bahawa UNHCR dan USCIS tidak meminta wang daripada anda. Semua perkhidmatan penempatan semula AS dan semua perkhidmatan yang disediakan oleh UNHCR adalah percuma. Berhati-hati dengan individu yang mendakwa boleh membantu anda mengakses proses UNHCR atau USCIS atau mempercepatkan kes anda dengan pertukaran wang. Individu ini tidak boleh mempengaruhi kes anda. Oleh itu, jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

Jika anda terjumpa mana-mana individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhidmatan UNHCR (dokumen UNHCR, pendaftaran, penentuan status pelarian (RSD), penempatan semula dan sebagainya) dengan pertukaran wang, laporkan perkara ini kepada :

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share