Soalan Lazim Temuduga Atas Talian

How does a remote interview work?

Ia akan mengikut langkah di bawah:

  1. UNHCR akan menghubungi anda untuk menilai sama ada situasi anda sesuai untuk temuduga atas talian. Ini akan bergantung kepada ketersediaan Internet, kredit telefon dan privasi. Anda akan ditanya soalan untuk mengesahkan identiti anda dan UNHCR akan meminta persetujuan anda untuk ditemuga secara atas talian.
  2. Jika anda berasa tidak selesa dengan kaedah temuduga atas talian, dan tidak bersetuju dengan proses ini, anda tidak perlu risau. Kami akan menjadualkan semula temujanji anda untuk temu duga di pejabat UNHCR.
  3. Jika anda memberi persetujuan untuk temuduga atas talian, anda akan menerima SMS daripada UNHCR untuk mengesahkan butiran temuduga anda.
  4. Sehari sebelum ataupun pada hari temuduga itu sendiri, anda akan menerima SMS daripada UNHCR dengan Kata Laluan Sekali Guna / One-Time Password (OTP). Untuk melindungi diri anda daripada penipuan, tolong jangan kongsikan kata laluan ini dengan sesiapa.
  5. Penggunaan OTP sebagai langkah pengesahan sebelum temuduga telah dilaksanakan sejak Ogos 2021.
  6. Apabila penemuduga UNHCR menghubungi anda, minta OTP ini daripada mereka untuk memastikan yang mereka adalah benar-benar kakitangan UNHCR. Jika OTP yang diberikan sama dengan OTP anda, teruskan dengan temuduga. Jika kata laluan tidak sama dengan yang diberikan oleh SMS UNHCR, hentikan temuduga tersebut, dan maklumkan kepada UNHCR apabila anda dihubungi untuk temujanji baru.
  7. UNHCR menggunakan pelbagai cara untuk mengadakan temuduga atas talian seperti: 1) Microsoft Teams, 2) Signal, dan 3) panggilan telefon ‘tiga-hala’.

How can I know that the SMS I received is from UNHCR?

Penghantar SMS tersebut akan dipaparkan sebagai “62033” iaitu nombor pembekal perkhidmatan am. SMS tersebut akan menyatakan “UNHCR” diikuti oleh kata laluan sekali guna (OTP) lima digit. Harap maklum bahawa jika anda menerima SMS daripada nombor lain yang bermula seperti nombor telefon bimbit contohnya “017-…” ataupun “013-…” ini bermakna ia bukan daripada akaun rasmi UNHCR. Penggunaan OTP sebagai langkah pengesahan sebelum temuduga telah dilaksanakan sejak Ogos 2021.

What do I need for a remote interview?

UNHCR menggunakan pelbagai cara untuk mengadakan temuduga atas talian seperti: 1) panggilan video (menggunakan Microsoft Teams dan/atau Signal), dan 2) panggilan telefon ‘tiga-hala’ (menggunakan talian telefon anda).

+ panggilan video (Microsoft Teams dan/atau Signal)

Untuk panggilan video, anda akan diminta untuk muat turun Microsoft Teams dan Signal.

  • Microsoft Teams

Untuk muat turun Microsoft Teams di komputer anda, klik di sini.

Untuk muat turun Microsoft Teams di telefon pintar anda, sila ikut langkah di bawah:

 

Untuk pengguna IOS: Cari Microsoft Teams dan klik butang Pasang/Install.

 

Untuk pengguna Android: Cari Microsoft Teams dan klik butang Pasang/Install.

 

Setelah pemasangan selesai, anda tidak perlu mendaftar untuk akaun.

 

  • Signal

Untuk muat turun Signal di telefon pintar anda, sila ikut langkah di bawah:

 

Signal sedia ada di kedua-dua Google Play Store dan Apple App Store. Kata kunci adalah – Signal Private Messenger.

 

Selepas memasang aplikasi tersebut, klik sambung untuk teruskan dengan penciptaan akaun anda.

 

Tekan sambung apabila Signal meminta akses kepada kenalan anda.

 

Masukkan nombor telefon anda dan klik seterusnya. Pastikan anda memilih negara “Malaysia”.

 

Anda akan menerima kod SMS daripada Signal. Masukkan kod dengan betul.

 

Teruskan dengan menyediakan profil anda di Signal.

 

Persediaan sudah siap. Anda boleh terus menggunakan Signal.

 

+ Panggilan telefon tiga-hala

Jika anda tidak boleh menghadiri temuduga atas talian melalui data telefon/wifi, anda mungkin akan dihubungi untuk temuduga atas talian melalui panggilan telefon tiga-hala. Penemuduga akan menghubungi anda melalui talian telefon anda dan temuduga akan dilaksanakan melalui panggilan suara. Jurubahasa juga akan berada di talian yang sama untuk memastikan komunikasi yang lancar.

How can I submit documentation in a remote interview?

Sila maklumkan kepada penemuduga waktu temujanji anda dan mereka akan memberitahu langkah-langkah untuk anda menghantar dokumen.

Is a remote interview different from being interviewed in the office?

Satu-satunya perbezaan adalah anda akan ditemu bual di ruang peribadi anda sendiri untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diri anda.

What happens if I choose not to be interviewed remotely?

Anda akan melalui temuduga apabila pejabat UNHCR bersedia untuk menerima kedatangan anda dalam keadaan yang selamat untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

What if I cannot attend the interview on the date appointed by UNHCR?

Apabila anda menerima panggilan daripada UNHCR untuk menjadualkan temuduga anda, anda boleh maklumkan kepada pegawai jika anda ingin memilih tarikh ataupun masa yang berbeza.

Pada hari temuduga, sila jawab panggilan temuduga dan sahkan bahawa panggilan ini adalah daripada UNHCR dengan menggunakan OTP yang telah diberikan (lihat di atas). Apabila anda sudah mengesahkan yang pemanggil adalah UNHCR, maklumkan kepada penemuduga anda untuk menjadualkan semula temuduga anda.

What if I missed the call for my remote interview?

Kami sentiasa akan cuba untuk menghubungi anda beberapa kali dalam slot masa temuduga anda. Jika anda terlepas panggilan daripada kami, sila hantar mesej ataupun hubungi kami semula. Pasukan kami akan hubungi anda semula untuk menjadualkan semula temuduga anda pada waktu yang lebih sesuai untuk anda.