Sumber Untuk Organisasi
Halaman ini adalah untuk organisasi yang bekerja dengan pelarian dan ingin mencari maklumat yang relevan. Kami telah mengumpul bahan rujukan yang bertujuan untuk dikongsi dengan para pelarian. Kami mengesyorkan anda untuk salin pautan ke bahan rujukan dan kongsikan pautan tersebut kepada para pelarian melalui saluran yang biasa anda gunakan.
UNHCR Verify Plus: Aplikasi Pengesahan Kad Baru
UNHCR Verify Plus adalah aplikasi baru yang sedia ada untuk muat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. Melalui aplikasi ini, anda boleh membuat pengesahan kad UNHCR anda. Untuk maklumat lanjut, klik butang di bawah.
Cara-Cara Untuk Menggunakan Laman Web Refugee Malaysia (video)
COVID-19 mempunyai kesan yang berlainan untuk individu yang dijangkiti: Kebanyakan individu yang dijangkiti akan mengalami simptom yang ringan ke sederhana dan boleh pulih tanpa rawatan lanjut di hospital.
Refugee Malaysia Website Poster
Poster laman web Refugee Malaysia ini sedia ada dalam 12 bahasa disertai dengan alamat web dan kod QR untuk melayari laman web tersebut. Salin dan simpan gambar di bawah untuk kegunaan secara digital, ataupun muat turun versi PDF resolusi tinggi untuk dicetak melalui butang di bawah.
Leksikon Pelarian
Kemas kini: 27 April 2021
Sejak penggubalan Konvensyen 1951 yang berkaitan dengan Status Pelarian, dasar penting dan dokumen panduan telah ditulis dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, sepanjang penglibatan UNHCR di Malaysia, Pejabat ini telah menggunakan kedua-dua bahasa pengantar bahasa Inggeris dan Melayu untuk berkomunikasi secara berkesan dengan kerajaan, orang ramai dan komuniti pelarian.
Menyedari jurang istilah berkaitan pelarian piawai yang seragam dalam bahasa Melayu, UNHCR telah membangunkan Leksikon Pelarian: Terjemahan Istilah Berkaitan ke dalam Bahasa Melayu. UNHCR mengenal pasti istilah biasa dalam bahasa Inggeris dan terlibat dengan pakar teknikal dalaman yang merupakan penutur asli bahasa Melayu untuk menyediakan terjemahan praktikal yang boleh digunakan dalam bahasa vernakular biasa. Kira-kira 3,000 istilah yang biasa digunakan dalam perbincangan berkaitan pelarian telah disusun dan diterjemahkan.
UNHCR menyemak terjemahan ini dan merujuk kepada terjemahan yang digunakan oleh pihak berkuasa bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Leksikon Pelarian ialah dokumen yang akan disemak dan dikemas kini secara berkala.