Statelessness

Selain daripada mandat untuk pelarian, UNHCR juga merupakan agensi yang telah diberi mandat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menangani isu tanpa kewarganegaraan.

Orang tanpa kewarganegaraan adalah seseorang yang tidak dianggap sebagai warganegara oleh mana-mana negara di bawah pengendalian undang-undangnya. Menurut anggaran UNHCR, sekurang-sekurang 10 juta orang di seluruh dunia adalah orang tanpa kewarganegaraan. Tanpa kewarganegaraan boleh berlaku akibat beberapa sebab, termasuklah diskriminasi terhadap kumpulan etnik atau agama tertentu ataupun berdasarkan jantina; kemunculan negara baru dan pemindahan wilayah antara negara sedia ada (pewarisan negara); dan percanggahan dalam undang-undang kewarganegaraan.

Walau apa pun sebabnya, isu tanpa kewarganegaraan memberi kesan yang serius kepada golongan di hampir setiap negara dan di semua tempat di dunia. Orang tanpa kewarganegaraan selalunya memiliki akses yang terhad kepada pelbagai hak seperti dokumen identiti, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Isu tanpa kewarganegaraan juga boleh menyebabkan penyesaran secara paksa, dan pada yang sama penyesaran terpaksa boleh menyebabkan tanpa kewarganegaraan.

Oleh kerana pihak negara sendiri yang menetapkan peraturan mengenai kewarganegaraan, UNHCR bekerjasama dengan kerajaan, agensi PBB yang lain dan masyarakat sivil untuk menangani isu tanpa kewarganegaraan.

Organisasi Yang Menangani Isu Tanpa Kewarganegaraan

Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA) Malaysia adalah organisasi sukarela bukan berasaskan keuntungan dan bukan politik yang berusaha untuk membantu orang tanpa kewarganegaraan sejak 2019. DHHRA membantu memberi maklumat dan bantuan guaman kepada orang tanpa kewarganegaraan yang ingin memperoleh kewarganegaraan atau dokumen yang membuktikan kewarganegaraan mereka.

Development of Human Resources For Rural Areas (DHRRA)

Alamat: 301 & 302 Block E Kelana Parkview, NO 1, SS 6/2, Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Telefon: +6037874760