Mulai 2 Mac 2022, Peti Surat Penipuan (Kotak Merah) di luar pejabat UNHCR telah ditutup secara kekal. Pelarian, pemohon suaka dan individu lain boleh terus melaporkan penipuan dan perkara berkaitan rasuah melalui borang dalam talian yang tersedia di sini atau dengan menghantar e-mel ke mlslufrd@unhcr.org.
Peti Surat Penipuan tidak berfungsi sebagai saluran untuk menerima aduan berkaitan penipuan dan rasuah. Selama bertahun-tahun, ia selalu menerima permohonan berkaitan dengan Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian atau Penempatan Semula Ke Negara Ketiga. Oleh itu, keputusan telah dibuat untuk menutup peti surat ini. Sila lawati halaman Unit Pendaftaran dan Penempatan Semula Ke Negara Ketiga untuk mengetahui cara menghubungi mereka.
UNHCR Malaysia tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan dan rasuah. Pasukan Risiko, Integriti dan Pengawasan / Risk, Integrity and Oversight Team (RIOT) UNHCR Malaysia menggalakkan sesiapa sahaja yang membuat dakwaan berkaitan penipuan dan rasuah untuk berkongsi sebanyak mungkin maklumat dan bukti.
Sila ingat bahawa semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Anda tidak boleh membayar untuk menerima sebarang perkhidmatan, atau perkhidmatan yang lebih pantas, daripada UNHCR.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Penipuan dan Rasuah, sila lawati halaman ini.