Penambahan Anak Baru Lahir ke Fail Ibu Bapa Berdaftar

Rabu / 06 Julai 2022

Mendapatkan sijil kelahiran adalah penting bagi setiap kanak-kanak untuk menentukan identiti mereka, dan UNHCR sangat mengesyorkan agar pelarian dan pencari suaka cuba mendapatkan sijil kelahiran untuk anak-anak mereka yang dilahirkan di Malaysia melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh cabaran yang dihadapi oleh sesetengah pelarian dan pemohon suaka untuk mendapatkan sijil kelahiran anak-anak mereka, ini bukan lagi langkah yang perlu untuk menambah anak yang baru lahir ke dalam fail ibu bapa yang berdaftar dengan UNHCR. Dokumen lain yang menjadi bukti kelahiran kanak-kanak dan hubungan dengan ibu bapa mereka juga diterima oleh UNHCR untuk menambah kanak-kanak di bawah umur lima tahun ke dalam fail ibu bapa berdaftar. Ini termasuk :

  • Borang pendaftaran kelahiran asal dari JPN
  • Borang pengesahan asal kelahiran dari hospital atau surat pengesahan doktor untuk kelahiran di rumah
  • Laporan polis asal untuk kelahiran di rumah
  • Kad pranatal asal (Buku Rawatan Hamil) atau kad rawatan ibu semasa mengandung
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan ibu dan/atau bapa
  • Sebarang dokumen berkaitan kelahiran lain dari hospital, seperti kad vaksinasi
  • Dokumen pengenalan lain untuk ibu bapa, seperti dokumen perkahwinan, perceraian dan kematian, dan buku kecil keluarga, jika ada

Untuk menambahkan anak yang baru lahir ke fail UNHCR ibu bapa, sila hantar permohonan perubahan komposisi keluarga melalui laman web Refugee Malaysia, dan pastikan anda mencetak atau menyimpan nombor rujukan. Anda akan dihubungi oleh UNHCR dengan janji temu untuk menambahkan anak anda ke fail anda. Sila bawa seberapa banyak dokumen di atas pada hari temujanji anda.

Kami memproses kes begini berdasarkan tarikh permohonan diterima dan sama ada individu-individu tersebut berisiko. Tolong jangan datang ke Pusat Pelarian UNHCR / UNHCR Refugee Centre jika anda tidak mempunyai temu janji. Tanpa temujanji, anda tidak akan dibenarkan berada di Pusat Pelarian UNHCR / UNHCR Refugee Centre, kerana bilangan temujanji telah ditetapkan untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pelarian.



Share