Berhati-hati dengan Penipuan : Wanita Mengaku Bekerja di UNHCR

Rabu / 08 Februari 2023

UNHCR telah menerima laporan tentang seorang wanita yang mendakwa bekerja untuk Unit Pendaftaran dan Penempatan Semula di UNHCR. Wanita itu menghubungi pelarian melalui WhatsApp dan meminta antara RM300-500 dimasukkan ke akaun bank sebagai pertukaran untuk dokumen UNHCR, temu janji dan temu duga untuk Pendaftaran dan Penempatan Semula. Nombor telefon yang digunakan oleh penipu ialah 011-33321567 atau 011-16560601. Anda dinasihatkan untuk tidak membalas, mengabaikan dan memadam semua mesej daripada nombor telefon ini. Wanita itu memberitahu individu jika mereka melaporkannya, dokumen UNHCR mereka akan dibatalkan dan kes mereka akan ditutup. Seterusnya dia mengaku bahawa tiada apa yang akan berlaku kepadanya kerana dia bekerja untuk UNHCR.

Ini adalah satu penipuan. Individu ini tidak bekerja dengan UNHCR. Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Anda tidak boleh membayar mana-mana kakitangan UNHCR atau mana-mana individu untuk memproses kes anda untuk Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), Penempatan Semula atau sebarang sebab lain.

Berhati-hati dengan orang yang mendakwa mempunyai hubungan istimewa dengan UNHCR dan boleh membantu anda mendapatkan temu duga atau penempatan semula sebagai pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

UNHCR tidak akan sekali-kali meminta anda memindahkan wang ke nombor akaun bank. Mana-mana kakitangan UNHCR yang terlibat mengambil wang daripada pelarian akan segera diberhentikan kerja dan dilaporkan kepada polis.

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Jika anda dihubungi oleh individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhimatan UNHCR (temu duga untuk Pendaftaran, RSD, Penempatan Semula dan lain lain) dengan syarat dia dibayar, tamatkan panggilan telefon dengan segera dan laporkan perkara ini kepada:

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share