Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kini mengadakan vaksinasi secara walk-in untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Pahang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu dan Kelantan.
Vaksinasi ini adalah untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Semua kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan menerima 2 suntikan dos vaksin Pfizer dengan jarak masa 8 minggu.
Vaksinasi ini akan membantu untuk:
- Melindungi kanak-kanak daripada Multisystem Inflammatory Sydrome in Children (MIS-C)* dan Long Covid** yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
- Membolehkan kanak-kanak bersosial dengan selamat dengan orang lain.
- Mengurangkan kluster di sekolah/pusat pembelajaran melalui imuniti kelompok.
Senarai pusat pemberian vaksin (PPV) secara walk-in boleh dilayari di sini.