Penempatan Di Negara Ketiga
Penempatan semula ialah pemilihan dan pemindahan pelarian dari negara di mana mereka mendapatkan perlindungan ke negara lain yang telah bersetuju menerima mereka. Ia membawa bersama peluang untuk menjadi warganegara di negara penempatan semula.
Walau bagaimanapun, penempatan semula hanya terhad untuk sebahagian kecil daripada pelarian di dunia yang memerlukan penyelesaian ini. Kurang daripada 1% pelarian di seluruh dunia telah ditempatkan semula. Terdapat terlalu sedikit tempat penempatan semula untuk bilangan pelarian yang memerlukan penempatan semula. Adalah penting untuk ingat bahawa:
- Penempatan di negara ketiga bukan hak. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.
- Penempatan semula kekal sebagai alat perlindungan untuk pelarian yang sangat berisiko. Pengenalpastian kes untuk penghantaran penempatan semula yang berpotensi adalah berdasarkan keperluan perlindungan individu.
- Penghantaran kes untuk pertimbangan penempatan semula adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap keseriusan keperluan perlindungan individu, persekitaran perlindungan, kedudukan negara tuan rumah dan ketersediaan tempat penempatan di negara ketiga.
Jika anda dikenal pasti untuk penempatan di negara ketiga, Unit Penyelesaian Kekal (DSU) akan menghubungi anda melalui telefon, jika maklumat tambahan diperlukan untuk melengkapkan penilaian kelayakan pemprosesan penempatan di negara ketiga.
Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga
Jika anda didapati layak untuk pemprosesan penempatan semula, anda akan dipanggil ke temuduga penempatan semula. Pada asasnya, semua temu duga adalah secara bersemuka di UNHCR. Dalam keadaan luar biasa, anda akan menerima panggilan temu duga secara dalam talian (online). Semasa panggilan untuk memberitahu temu janji temu duga penempatan semula, anda boleh memberitahu Unit Penyelesaian Kekal (DSU) jika anda tidak mahu meneruskan temu duga dalam talian. Ia tidak akan menjejaskan keputusan pertimbangan UNHCR untuk pemprosesan penempatan semula anda.
Selepas Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga
Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, situasi anda akan disemak dengan teliti dan keputusan akan dibuat sama ada permohonan akan dibuat kepada negara yang menyediakan penempatan di negara ketiga untuk pertimbangan mereka.
Jika kes anda dihantar untuk penempatan di negara ketiga, sama ada Unit Penyelesaian Kekal (DSU) atau negara penempatan di negara ketiga akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut.
Negara ketiga akan memutuskan sama anda akan diberikan penempatan di negara ketiga atau tidak mengikut dasar dan undang-undang mereka.
E-mel: KL.Inquiries@rescue.org
Telefon: +603 2141 5846 / +603 9212 8117
Faks: +603 2144 8716
Laman web CASI.
Jika penyerahan dibuat ke Kanada, anda boleh menyemak status kes anda menggunakan borang di web Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (Immigration, Refugees and Citizenship Canada).
Urusan Pra-Perlepasan dan Perjalanan ke Penempatan di Negara Ketiga
Bahan Berkaitan Kepulangan ke Negara Ketiga
Webinar Kepulangan Ke Negara Ketiga
Anda Ada Soalan?
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga.