Penempatan Di Negara Ketiga
Penempatan semula ialah pemilihan dan pemindahan pelarian dari negara di mana mereka mendapatkan perlindungan ke negara lain yang telah bersetuju menerima mereka. Ia membawa bersama peluang untuk menjadi warganegara di negara penempatan semula.
Walau bagaimanapun, penempatan semula hanya terhad untuk sebahagian kecil daripada pelarian di dunia yang memerlukan penyelesaian ini. Kurang daripada 1% pelarian di seluruh dunia telah ditempatkan semula. Terdapat terlalu sedikit tempat penempatan semula untuk bilangan pelarian yang memerlukan penempatan semula. Adalah penting untuk ingat bahawa:
- Penempatan di negara ketiga bukan hak. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.
- Penempatan semula kekal sebagai alat perlindungan untuk pelarian yang sangat berisiko. Pengenalpastian kes untuk penghantaran penempatan semula yang berpotensi adalah berdasarkan keperluan perlindungan individu.
- Penghantaran kes untuk pertimbangan penempatan semula adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap keseriusan keperluan perlindungan individu, persekitaran perlindungan, kedudukan negara tuan rumah dan ketersediaan tempat penempatan di negara ketiga.
PENTING!
Penempatan ke negara ketiga tidak diputuskan mengikut permintaan dan permohonan anda. UNHCR Malaysia tidak menerima sebarang permintaan atau permohonan untuk penempatan ke negara ketiga.
Tolong jangan pergi ke pejabat UNHCR, menghantar emel dan surat atau menelefon pejabat UNHCR untuk meminta dan memohon penempatan ke negara ketiga.
Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga
Jika anda didapati layak untuk pemprosesan penempatan semula, anda akan dipanggil ke temuduga penempatan semula. Pada asasnya, semua temu duga adalah secara bersemuka di UNHCR. Dalam keadaan luar biasa, anda akan menerima panggilan temu duga secara dalam talian (online). Waktu anda ditelefon dan dimaklumkan tentang tarikh temuduga anda, anda boleh beritahu Unit Penempatan Semula jika anda tidak mahu temuduga atas talian (online). Ia tidak akan menjejaskan pertimbangan UNHCR untuk pemprosesan penempatan di negara ketiga anda.

Selepas Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga
Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, situasi anda akan disemak dengan teliti dan keputusan akan dibuat sama ada permohonan akan dibuat kepada negara yang menyediakan penempatan di negara ketiga untuk pertimbangan mereka.
Jika kes anda dihantar untuk penempatan di negara ketiga, sama ada Unit Penyelesaian Kekal (DSU) atau negara penempatan di negara ketiga akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut.
Negara ketiga akan memutuskan sama anda akan diberikan penempatan di negara ketiga atau tidak mengikut dasar dan undang-undang mereka.

NOTIS PENTING!
Kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan penggantungan Program Kemasukan Pelarian Amerika Syarikat (USRAP). UNHCR sedang menunggu panduan lanjut daripada kerajaan Amerika Syarikat tentang kesan perintah baru ini terhadap pelarian yang berada dalam proses penempatan ke Amerika Syarikat. Ini juga memberi kesan kepada pelarian yang berada dalam proses penyatuan semula keluarga dan proses WelcomeCorps. Sementara ini, sila jangan membuat sebarang perubahan besar dalam kehidupan anda dengan jangkaan yang anda akan pergi ke negara ketiga (termasuk meninggalkan kerja, sekolah, menjual barang/harta, sebagai persediaan untuk pergi ke negara ketiga).
Sila berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan, dan sebarang tawaran atau mesej penipuan.
Jangan terpedaya dengan penipuan (scam) yang menjanjikan penempatan ke negara ketiga atau proses yang cepat dengan bayaran atau bantuan lain. Jangan bayar duit kepada sesiapa yang menjanjikan anda penempatan ke negara ketiga. Jangan percaya sesiapa yang meminta duit daripada anda untuk mempercepatkan kes UNHCR anda. Kakitangan UNHCR, jurubahasa dan NGO tidak boleh meminta duit daripada anda untuk sebarang proses UNHCR, termasuk untuk pergi ke negara ketiga. Jika sesiapa meminta duit daripada anda untuk pergi ke negara ketiga atau mana-mana proses UNHCR yang lain, sila laporkan segera kepada:
- Pusat Respons Penipuan CCID (CCID Response Centre) polis di talian 03-26101559
- UNHCR melalui borang ini: Contact – Refugee Malaysia.
- Penggantungan USRAP memberi kesan kepada semua kes pelarian yang telah diserahkan untuk penempatan ke Amerika Syarikat, pada semua peringkat proses, jadi jangan percaya sesiapa yang memberitahu anda mereka boleh tolong anda berlepas dari Malaysia dengan lebih cepat atau mempercepatkan kes anda. Ini tidak benar. Pastikan anda sahkan maklumat dengan UNHCR sebelum mengambil sebarang tindakan.
- Jika kes USRAP anda telah diserahkan oleh penaja, harap maklum bahawa penaja tidak dapat membantu anda untuk meninggalkan Malaysia dengan lebih cepat atau mempercepatkan kes anda.
- Jangan percaya sebarang mesej berkaitan status kes anda atau perjalanan anda melainkan ia dimaklumkan secara rasmi oleh Kerajaan Amerika Syarikat, atau kakitangan UNHCR, IOM atau RSC. Jika anda ragu-ragu, sila hubungi pejabat UNHCR di sini: Hubungi Kami – Refugee Malaysia.
- UNHCR akan berkongsi semua maklumat terkini melalui laman web Refugee Malaysia jika ada.
Urusan Pra-Perlepasan dan Perjalanan ke Penempatan di Negara Ketiga

The International Organization for Migration (IOM) organizes necessary pre-departure arrangements, including medical screening and cultural orientation, as well as travel arrangements for accepted refugees to countries other than Australia. If you have been accepted by a resettlement country other than Australia, IOM will contact you once the travel instruction is ready. You can also contact IOM Kuala Lumpur at iomkulinq@iom.int or call +603 9235 5400 if you have a question about your pre-departure arrangements or travel.
If you have been accepted by Australia, Toll will contact you from a phone number starting with +66 to advise you on pre-departure arrangements and travel.
Bahan Berkaitan Kepulangan ke Negara Ketiga
Webinar Kepulangan Ke Negara Ketiga
Anda Ada Soalan?
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga.